Rakyat diutamakan dalam Bajet 2015

Kerajaan dijangka meneruskan pendekatan terdahulu yang menekankan manfaat kepada rakyat dalam Belanjawan 2015.

Tiga aspek yang akan diberi fokus utama iaitu tentang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kedudukan fiskal dan peningkatan kos sara hidup.

Belanjawan pada kali ini juga memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dengan melengkapi mereka dengan kemahiran tinggi.

Bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan menyaksikan jumlah peruntukan yang lebih besar khususnya membabitkan perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan juga dijangka mengumumkan peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain memastikan peningkatan perbekalan barangan makanan dan pengurangan peranan orang tengah.

Rakyat diutamakan dalam Bajet 2015