Virus ulssm.exe diguna untuk godam mesin ATM

Sindiket menggodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe' untuk mengeluarkan wang.

Virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

Penggodam membuka panel atas mesin ATM tanpa menggunakan kunci dan kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan.

Semakan melalui kamera litar tertutup  mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir.

Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya.

Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.

Virus ulssm.exe diguna untuk godam mesin ATM