Maharaja Lawak Mega 2014 - MLM 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) yang mengetengahkan kehebatan pemain komedi terbaik di Malaysia, kembali lagi dengan menampilkan barisan pelawak baharu dan lama di atas satu pentas.

Program yang sudah masuk tahun kelima itu bakal menemui penonton bermula pada 14 November nanti di stesen televisyen Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika juga Mustika HD (saluran 134) dan Astro on-the-go (Warna).

Tampil dengan tema Super Hero, MLM 2014 kali ini menjanjikan satu kelainan apabila ada antara kumpulan yang bertanding tidak mengekalkan ahli lama, sebaliknya memilih berkolaborasi dengan ahli kumpulan baharu.

Edisi kali ini menampilkan 10 kumpulan pelawak yang akan berentap iaitu kumpulan Sepahtu (Jep, Shuib dan Ilya Senario), Shiro (Ajak dan Shahrul), Bocey (Acey, Abam dan Fad), Virus (Tauke, Yus dan Zizan), Comey (Suhaimi dan Rophie), Jalor (Along, Rahim dan Joey), Sayot (Zam Jr., Filzah dan One), Kepoh (Izu, Pian dan Kamal), SYJ (Syuk, Yasin dan Jihan) dan juga Nabil yang kekal tampil sebagai peserta solo. Datuk AC Mizal juga masih dikekalkan sebagai hos MLM 2014.

0 comment... add one now