Fenomena Angin Siberia kembali melanda Malaysia

Angin Siberia atau fenomena cuaca sejuk luar biasa mungkin berlaku kembali dalam tempoh terdekat seperti yang pernah terjadi di negara ini pada Januari tahun lalu.

Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Fenomena itu akan dialami di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir  terburuk dalam sejarah negara pada Disember  tahun  lalu.

Fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Fenomena Angin Siberia kembali melanda Malaysia