Pendaftaran Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M)


Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Produk itu akan mewujudkan rangkaian kedai milik bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi golongan itu.

SR1M merupakan alternatif bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,
Pek permulaan SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma sebanyak RM5 dan 150 megabait akses internet.

Pengguna akan dikenakan caj sebanyak 8 sen bagi setiap 30 saat perbualan, SMS 8 sen, dan 5 sen bagi setiap megabait data internet yang dimuat turun.

SR1M diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn. Bhd (UMobile)

Pendaftaran Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M)