Permohonan kemasukan pengajian ijazah pertama USM

Sebanyak 3,600 tawaran tempat untuk kemasukan pengajian ijazah pertama pada September ini di Universiti Sains Malaysia (USM). Ia tidak termasuk 200 tempat lagi melalui pengambilan khas bagi pengajian Sains Perubatan di Kampus KLE India, Seni Bina dan beberapa pengajian lain.

Pemohon yang layak untuk mengikuti salah satu daripada lebih 70 program pengajian ditawarkan di Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan.

Antara program yang ditawarkan adalah pengajian Komunikasi, Seni Muzik, Seni Halus, Sastera, Sains Kemasyarakatan, Sains Perubatan, Kejuruteraan, Perumahan Bangunan dan Perancangan, Seni Bina, Sains Kesihatan dan Sains Pergigian.

Permohonan juga dibuka untuk program pengajian Sains Tulen, Sains Gunaan, Pendidikan, Teknologi Industri, Pengurusan dan Perakaunan.

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, diploma dan setaraf boleh melakukan permohonan secara terus melalui dalam talian https://pohon.usm.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 April 2015.

Permohonan kemasukan pengajian ijazah pertama USM

1 comment... add one now