Tambang teksi dan bas ekspres naik bermula 15 Mei 2015

Tambang teksi naik antara 20 hingga 67 peratus bermulai15 Mei ini, manakala tambang bas ekspres pula akan naik sebanyak 22.6 peratus.

Kenaikan tambang dibuat berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Berdasarkan tambang baharu itu, penumpang teksi 1Malaysia (TEKS1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10km pertama berbanding RM11.80 sebelum ini, manakala penumpang TEKS1M di Lembah Klang dan Johor Bahru perlu membayar RM17.50 bagi 10km pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.

sumber: http://www.bharian.com.my/node/42004

Tambang teksi dan bas ekspres naik bermula 15 Mei 2015