Tips dan strategi memilih penyewa rumah

Memilih penyewa mungkin sukar dilakukan sekiranya pemilik kediaman tidak mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan perniagaan sewaan rumah, namun ia boleh dilaksanakan dengan mudah jika mengetahui langkah asas dalam pemilihan penyewa.

Banyak teknik atau strategi boleh digunakan, tetapi ia tidak menjamin bahawa semua penyewa 100 peratus bebas masalah.

1.Menyaring penyewa adalah langkah penting bagi memastikan mereka yang mendiami rumah berkenaan tidak mendatangkan masalah serius pada masa akan datang.

2.Membuat perjanjian sewaan dengan ditandatangani kedua-dua pihak supaya tiada pertikaian ditimbulkan.

3.Menjalankan pemeriksaan mengejut di setiap rumah yang diuruskan bagi memastikan penyewa tidak melanggar sebarang peraturan.

Perjanjian sewaan adalah dokumen yang sangat penting. Ia perlu menyatakan peraturan yang ditetapkan tuan rumah dan perlu ditandatangani kedua-dua pihak. Sekiranya penyewa gagal mematuhi peraturan ditetapkan, tuan rumah berhak mengusir mereka dalam tempoh tertentu.

0 comment... add one now