Alhaji Kamara sertai JDT Johor Darul Ta'zim


Pemain penyerang, Alhaji Kamara dari Sierra Leone akan menghidupkan jentera serangan pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain yang akan berusia 21 tahun ini dipinjamkan daripada kelab Sweden, IFK Norrkoping dengan pilihan untuk dibeli oleh pasukan Harimau Selatan itu bagi melengkapkan baki saingan liga musim ini.

Kamara dijangka digandingkan dengan seorang lagi pemain import baharu, Patricio Rodriquez dari Argentina dalam mengisi posisi penyerang, selepas keluarnya dua pemain import, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz.

Alhaji Kamara sertai JDT Johor Darul Ta'zim