30 Myvi jadi sasaran lepas geram orang ramai

Gabungan Myvi 1Malaysia GM1M meminta orang ramai yang marah dengan insiden kemalangan maut di Lebuh Raya Duta Ulu Kelang DUKE pada 2 Mei lalu tidak melepaskan geram kepada kereta Perodua Myvi lain yang tiada kaitan dengan kejadian itu.

GM1M terpanggil untuk membuat seruan itu kerana pihaknya menerima 30 aduan daripada pemilik Myvi yang mendakwa kereta mereka di­sabotaj pihak yang marah dengan kemalangan tersebut sejak ia berlaku.

Ada diantara kereta pemilik Perodua Myvi yang disabotaj itu disimbah dengan asid, dipecahkan cermin serta bampar, malah kereta ditolak ke dalam longkang oleh pihak tidak dikenali.

GM1M turut membuat laporan polis untuk memaklumkan masyarakat bahawa kelab pemilik kereta Perodua Myvi diwujudkan bukan untuk berlumba, sebaliknya bagi menjalankan aktiviti bermanfaat. Familia Myvi Club (FMC) yang dikaitkan dengan kejadian itu bukan ahli GM1M.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
30 Myvi jadi sasaran lepas geram orang ramai