Jumlah hutang negara terkini sebanyak RM596.8 bilion

Jumlah hutang negara sehingga akhir Mac 2015 adalah sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK.

Daripada jumlah itu, 97 peratus atau RM579.2 bilion adalah hutang domestik manakala baki sebanyak RM17.6 bilion (3 peratus) merupakan pinjaman luar pesisir.

Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana di mana paras hutang negara tidak melebihi daripada 55 peratus daripada KDNK.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0519&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Jumlah hutang negara terkini sebanyak RM596.8 bilion