Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu online

Syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  • Warganegara MALAYSIA.
  • Berumur 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon.
  • Berkahwin.
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah tanah daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan isirumah tidak melebihi RM3000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan dari penjawat awam gred 1 sehingga 22 sahaja layak memohon.
  • Wanita bujang berumur 35 tahun keatas layak memohon dan memiliki rumah.
  • Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) boleh dipertimbangkan.
  • Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri.
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat:
      1. Jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat atau
      2. Dengan menyediakan cagaran
      3. Bencana alam seperti kebakaran atau pengambilan balik tanah
Maklumat yang diperlukan untuk permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  1. Maklumat peribadi.
  2. Maklumat terkini alamat.
  3. Maklumat pasangan.
  4. Maklumat pekerjaan dan pendapatan.
  5. Maklumat tanggungan.
  6. Perumahan / Kawasan yang ingindipohon.
Cara permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik Negeri Terengganu
  1. Membuat permohonan secara atas talian melalui http://eperumahan.terengganu.gov.my
  2. Bagi pemohon yang melepasi kelayakan akan dipanggil temuduga secara bersurat.
  3. Pemohon yang layak di peringkat temuduga akan melalui proses siasatan.
  4. Permohonan yang melepasi peringkat siasatan akan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan
  5. Pemohon akan menerima surat tawaran dan bayaran deposit perlulah dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penawaran.
  6. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran deposit akan menandatangani perjanjian dan diserahkan kunci rumah
Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu online

{ 7 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 12:23 PM
macam mne nk pemohonan
Wan Syamfuldin Wan Syamfuldin 12:33 PM
macam mne nk pemohonan
razlan razlan 5:48 PM
Mcm mn n nk mhon
ismayus ismail ismayus ismail 2:33 PM
This comment has been removed by the author.
Nana Luna Nana Luna 4:42 PM
bila akan dpanggil y memohon bln 11 2015 hritu?
Nik marina vetty Nik marina vetty 10:55 PM
salam sy dh 11 tahun kawen sekarang masih menyewa dh dpt umah mampu milik tp x layak sbb bank ckp nak gaji minimum rm1800 seiranya mampu milik kenapa harga mahal sgt bkn utk golongan tak mampu mcm kami
salim salim salim salim 10:32 PM
Tak payah tanyalah di ruang ini. Bukan ada pegawai pun yang nak tolong jawab