Harga Honda HR-V Malaysia

Spesifikasi Honda HR-V

Honda HR-V dibangun menggunakan platform Honda City dan Jazz. Jika mahu dibandingkan beberapa SUV kompak lain, ruang butnya adalah paling luas berkapasiti 437 liter dengan ketinggian dan kelebaran yang terbaik dalam kelasnya.

Biarpun ia berkongsi platform dengan Honda Jazz dan City, rangkaian kuasanya berbeza selepas menggunakan enjin 1.8 liter iVTEC SOHC yang hampir sama Honda Civic 1.8 liter.

Beratnya pula antara 1,239 sehingga 1,249 kilogram, bergantung kepada varian ditawar membabitkan S,E dan V untuk pasaran Malaysia.

Honda HR-V menggunakan suspensi topang MacPherson bagi bahagian depan, manakala belakang padanan palang Torsion.

Ketiga-tiga varian ini dijana dengan enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 142 PS pada 6,500 rpm dan tork setinggi 172 Nm pada 4,300 rpm.

Honda HR-V juga menggunakan transmisi CVT, namun memiliki sedikit perberbezaan. Ia memberikan kelebihan bagi prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Harga terkini Honda HR-V Malaysia


Untuk maklumat lanjut, sila layari Honda Malaysia

1 comment... add one now

anyss anyss 9:55 PM
assalamualaikum,
Mmmmmmm bilalah mampu nak kayuh benda ni