Kampung angkasa bakal dibina di bulan


Agensi Angkasa Eropah (ESA) merancang untuk membina sebuah perkampungan angkasa di bulan yang menyerupai rumah ‘Teletubbies’, bagi menggantikan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pembinaan kampung yang digelar Lunarville dijangka siap dibina pada tahun 2024.

Untuk permulaan, bahan pembinaan dan makanan akan menjadi keutamaan.

Air akan dihasilkan daripada gas hidrogen, sementara tanaman mungkin boleh ditanam di rumah hijau.

Beberapa buah teleskop akan diletakkan di bahagian belakang bulan bagi menyediakan pandangan yang tidak terganggu ke dalam ruang angkasa.

Para penyelidik akan kekal berada di angkasa untuk beberapa bulan dalam satu-satu masa. Sebuah perkhidmatan pengangkutan ulang alik secara tetap perlu diwujudkan dalam kes kecemasan perubatan.

Lebih 75 bilion pound (RM429 bilion) diperlukan untuk membina ISS sebelum ini, dan kos pembinaan sebuah perkampungan di bulan mungkin menelan belanja lebih dari itu.

Kampung angkasa bakal dibina di bulan
Anonymous
delete

Kalau kampung ni ade,aku nak duduk ngan family akulah kat sane.
#kampung angkasa best