Kekerapan hubungan seks dan kedudukan hubungan seks

Hubungan seks yang normal adalah diantara dua hingga tiga kali seminggu. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada beberapa faktor iaitu proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu melakukan hubungan seks, sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Sperma dapat hidup dalam mukus pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam.  Hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan.

Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.

Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya.

Wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.

Kekerapan hubungan seks dan kedudukan hubungan seks