Punca demam denggi dan cara mencegah

Kitar hidup nyamuk aedes

Demam denggi
  • Salah satu penyakit berbahaya ialah demam denggi. Penyakit ini boleh membawa maut. 
  • Penyakit demam denggi boleh menyerang semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun. 

Punca menyebabkan berlakunya demam denggi
  • Penyakit ini disebabkan oleh sejenis 'virus' yang boleh berjangkit. 
  • Apabila seseorang digigit oleh nyamuk aedes yang membawa 'virus' tersebut, seseorang itu akan dijangkiti penyakit demam denggi.
Tanda-tanda demam denggi
  • Demam yang kuat serta mengejut dan berterusan.
  • Timbul ruam merah pada kulit.
  • Skait teruk pada bahagian tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala.
  • Kehilangan selera makan.
  • Muntah-muntah.
  • Sakit perut.
  • Berlaku pendarahan pada badan, hidung dan mulut.

Rupa nyamuk aedes 
  • Nyamuk aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. 
  • Nyamuk ini biasanya menggigit pada waktu siang dan senja.

Cara pembiakan nyamuk aedes
  • Nyamuk aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung. 
  • Nyamuk ini boleh membiak dalam takungan air pada pasu bunga, tayar buruk, kolam, dan lain-lain bekas simpanan air.

Cara mencegah dan mengatasi pembiakan nyamuk aedes
  • Berhati-hatilah kerana nyamuk ini mungkin juga membiak di halaman rumah kita sendiri. 
  • Pastikan persekitaran rumah adalah bersih. Jangan biarkan sampah sarap seperti botol, tin, plastik dan lain-lain terdedah begitu sahaja.
  • Selain itu, pastikan longkang di kawasan rumah tidak tersumbat. Longkang, saluran air, dan parit yang tersumbat boleh mengakibatkan nyamuk aedes membiak.


Punca demam denggi dan cara mencegah

Eee mata satu...dajjal~😦