Telefon pintar beri kesan buruk pada saraf


Menurut Pakar Saraf dari Universiti New York, Dr. Myrna Cardiel, perbuatan menundukkan kepala terlalu lama ketika melayari internet menggunakan telefon pintar memberi kesan yang buruk kepada saraf.

Gangguan neuralgia oksipital ialah masalah neurologikal dimana saraf oksipital pada saraf tunjang menjadi terlalu mampat hingga menyebabkan keradangan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Sioux City Journal, menundukkan kepala sehingga 60 darjah bagi tujuan melihat skrin telefon pintar sama seperti meletakkan bebanan sebanyak 27 kilogram ke atas tulang belakang di bahagian tengkuk.

Apabila kepala ditundukkan sebanyak 15 darjah, bebanan sudah menjadi 12kg, manakala kedudukan kepala pada sudut 30 darjah pula seolah-olah meletakkan bebanan seberat 18kg pada bahagian berkenaan.

Semakin rendah anda menundukkan kepala, semakin tinggi bebanan pada tengkuk.

Walaupun gangguan neuralgia oksipital bukan satu penyakit yang baharu, masih belum ada ubat atau penawar buat penyakit ini.

Pesakit hanya akan diberi ubat serta rawatan lanjut bagi mengurangkan rasa sakit tetapi tiada penawar untuk menyembuhkannya.

2 comments.. read them below or add one

Raihan Shaklee Raihan Shaklee 11:58 PM
Bahaya juga ye,,selalu memang nagdap hf je kejenya..sebab biz online n hp jelah rajin guna dari guna laptop ni...
AnonymousAnonymous 11:08 AM
boleh mengakibatkan krosakan mata gak ke?