Krisis jerebu di Malaysia dijangka bertambah buruk


Krisis je­rebu yang melanda Malaysia dijangka bertambah buruk sehingga November ini berikutan pembakaran terbuka yang masih berlaku di Sumatera, Indonesia.

Masalah jerebu yang melanda negara sejak kebelakangan ini me­nunjukkan peningkatan mendadak apabila 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam.

Menurut makluman Ketua Pengarah­ Jabatan Meteorologi, Datuk Che Ga­yah Ismail, negara hanya akan bebas daripada masalah je­rebu rentas sempadan apabila tiada lagi ribut tropika di rantau ini.
Ribut tersebut mempengaruhi corak tiupan angin dan menyebabkan cuaca menjadi kering dan menyebabkan negara mengalami masalah jerebu.

Angin Monsun Timur Laut diramalkan tiba pada bulan depan dan itu akan membantu mengurangkan jerebu dan masalah tersebut juga dijangka berakhir.

Sumber: UTUSAN
Krisis jerebu di Malaysia dijangka bertambah buruk