Hak mempertahankan diri bukan sampai membunuh - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa hak dan had orang awam mempertahankan diri ketika berdepan dengan kes jenayah, bukan sesuatu yang mutlak sehingga ke tahap membunuh penjenayah sewenang-wenangnya.

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas isu Zulkifli Ismail, 50, dari Terengganu, yang ditahan reman berhubung dakwaan membunuh perompak yang cuba masuk ke rumahnya.

Orang ramai perlu memahami hak dan had itu seperti termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan sahaja untuk orang awam malah juga anggota polis sendiri.

Seksyen 99 (4) akta sama pula menjelaskan yang hak pertahanan persendirian tidak sekali-kali termasuk menggunakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/had-pertahan-diri-bukan-sampai-membunuh-1.467583
Hak mempertahankan diri bukan sampai membunuh - KPN