Nur Amirah dan teman lelaki didakwa di mahkamah


Nur Amirah Abdul Majid, 14, remaja perempuan yang sebelum ini telah menggemparkan rakyat Malaysia dengan mendakwa dirinya telah diculik sebelum ditemui polis di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting bakal didakwa bersama dengan teman lelakinya di Mahkamah Majisret di sini hari ini.

Remaja perempuan itu akan didakwa di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana mengemukakan maklumat palsu, manakala teman lelaki beliau yang berusia 19 tahun itu pula akan didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Seorang lagi suspek yang berusia 45 tahun yang didakwa bersubahat memberi perlindungan kepada Nur Amirah sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak polis semalam tetapi akan dipanggil semula untuk menjadi saksi pendakwaan.

Sumber: http://www.kosmo.com.my
Nur Amirah dan teman lelaki didakwa di mahkamah