PKNS sasar bina 30000 rumah mampu milik di Selangor

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan membina 30,000 unit rumah mampu milik dalam usaha membuka peluang kepada golongan muda memiliki rumah kediaman sendiri menjelang 2030.



Projek mampu milik yang dimulakan melalui program Rumah Selangorku itu dimulakan sejak tiga tahun lalu dan proses pembangunannya masih lagi di peringkat awal dengan pembinaan 4,000 unit yang dikawal selia Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Jenis pembangunan bergantung kepada lokasi dan kawasan, namun ia ditawarkan dengan harga di bawah RM250,000 seunit.

Model rumah ini adalah inisiatif murni bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik dan golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

1 comment... add one now

semak saman semak saman 3:51 AM
harap-harap yang layak sahaja dapat rumah ni. jangan nanti ada monopoli pulak.