Program MyLesen dilanjutkan sehingga Disember 2016

Program MyLesen fasa kedua akan dilanjutkan sehingga 31 Disember bagi membolehkan lebih ramai pelajar sekolah berusia 16 tahun ke atas memiliki lesen memandu yang sah.

Bayaran bagi program MyLesen hanya RM299 termasuk GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang perlu dibayar terus kepada pihak institut memandu manakala proses latihan dan ujian hendaklah dilaksanakan di institut memandu mengikut prosedur sedia ada.

Program  MyLesen ini dilaksanakan kepada pelajar sekolah bagi menggalakkan mereka mendapat lesen memandu dan memberi pendidikan serta pendedahan berhubung kepentingan keselamatan jalan raya.

Untuk pendaftaran program MyLesen, sila klik untuk download borang pendaftaran dan syarat-syarat permohonan.
Program MyLesen dilanjutkan sehingga Disember 2016