Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online & SMS

Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online & SMS. LPPSA baki pinjaman? Tahukan anda cara hendak membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan awam / kerajaan dengan cara yang sangat mudah? Kecanggihan teknologi terkini memudahkan anda membuat semakan secara dalam talian dan SMS. Bermula 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS

Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online & SMS

Dibawah dinyatakan cara mudah membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan melalui laman sesawang kerajaan dan juga SMS.

1. Semakan Pinjaman LPPSA Online

Cara yang pertama melalui semakan secara online melalui Laman Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). Pengguna yang baharu (kali pertama) dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu.
Pengguna yang telah membuat pendaftaran boleh mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti semakan status permohonan baru, status bayaran kemajuan, status baki pinjaman, penyata tahunan, penghantaran hakmilik dan bayaran balik pinjaman.
  • Klik sini untuk --> SEMAK menyemak status baki pinjaman

2. Semakan Baki Pinjaman Melalui SMS

Satu lagi cara semakan adalah dengan menggunakan khidmat SMS (mySMS 15888). Berikut adalah format untuk menghantar SMS :-

  • Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

    Contoh LPPSA BAKI 770311054786
  • Kemudian hantar SMS ke 15888 
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada gambar dibawah ini :


semakan sms baki pinjaman lppsa


Dengan kaedah semakan yang semakin senang ini, moga ianya boleh dijadikan garus panduan untuk memudahkan kakitangan kerajaan dalam membayar balik pinjaman perumahan mereka. Selamat membuat semakan.


0 comment... add one now