Cara Cara Menghilangkan Stress

Cara Cara Menghilangkan Stress. Apa itu stress? Stress ialah istilah yang membawa maksud tekanan, beban, konflik, keresahan atau kemurungan. Stress berlaku disebabkan kerana seseorang itu merasakan keperluan melebihi kekuatan dan sumber yang ada pada mereka. Terdapat pelbagai cara untuk  menghilangkan stress sebelum gejala ini bertukar menjadi lebih serius.

cara cara hilangkan stress

Anda semua pasti mempunyai tip tersendiri untuk mengatasi masalah stress ini. Disini saya ingin ceritakan langkah-langkah hilangkan stress dan semoga tip ini dapat menolong anda.

bersenam

Cara menghilangkan stress dengan bersenam

Dengan bersenam seperti berjogging dan melakukan riadah, ianya dapat membantu menghilangkan stress dengan pelbagai cara. Dengan menlawaskan endorfin dan melancarkan pergerakan darah, kita boleh berinteraksi dengan ramai orang.

Selain dari itu, bersenam juga dapat menolong kita menjaga kesihatan kita. 2 in 1 la katakan. Oleh itu, amalkanlah bersenam 3 kali setiap minggu.

tidur

Tidur

Rasa-rasanya, ini adalah part yang semua orang sudah mahir melakukannya. Tetapi tidur yang dinyatakan ialah dengan tidur yang cukup. Tidur yang cukup membolehkan badan kita berehat sepenuhnya. Tidur selama 6-8 jam sehari akan mengecas tenaga kita serta mengekalkan dan mengstabilkan emosi kita selain menjadikan kita lebih opitimis untuk menjalani hari-hari yang mendatang.

Berdasarkan kajian daripada Havard University, tidur sekejap pada waktu pagi atau power nap selama 15-30 minit mampu meninggikan percapaian pekerja sebab power nap mampu menghindarkan kita dari stress, keletihan dan burn out.

bersiar-siar

Bersiar-siar

Menurut pakar, dengan melihat keindahan alam dengan bersiar-siar boleh mententeramkan minda. Melihat kenindahan seperti pelangi, hujan yang hijau, lautan ombak dapat menyumbang kepada ketenangan fikiran. Anda boleh cuba dengan melihat keindahan alam selama 20 minit setiap hari dan anda boleh merasai kelainannya.

Jika anda merasa sangat stress, silalah ambil waktu untuk bercuti.

keluarga

Berinteraksi dengan kawan atau ahli keluarga.

Memberikan masa dengan kawan ahli keluarga dapat mengurangkan stress kita. Jika kita berdiam diri, orang yang rapat dengan kita sekalipun tidak dapat membantu kita menangani masalah kita. Kawan atau ahli keluarga adalah tempat untuk kita mengadu mengenai masalah yang kita alami. Ini kerana, kawan atau ahli keluarga adalah tempat kita bercerita, ketawa dan berkongsi duka lara kita.

Jika kita masih mempunyai ibu bapa, telefonlah mereka. Mereka adalah individu yang paling faham akan diri kita.

makan stress

Makan makanan yang dapat menghilangkan stress.

Mungkin ramai daripada kita tidak mengetahui bawah terdapatnya makanan yang mampu mengurangkan stress mahupun tekanan. Makan yang kaya dengan protien, omega-3, vitamin C, B2 dan E seperti asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, buah oren, buah jambu, dark choclate serta oat meal boleh memberikan kesan menenangkan kepada kita.

Akhir kata,terdapat pelbagai cara untuk menghapuskan stress dan ianya bergantung kepada individu untuk mengani masalah tersebut. Kita sepatutnya bertindak atau menyelesaikan masalah stress ini dengan bijak kerana jika stress dibiarkan , banyak masalah bakal kita hadapi. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menyelesaikan tekanan dalam kehidupan harian kita.


0 comment... add one now