Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini. Sering kita terlupa untuk membayar bil elektrik disebabkan bil-bil lambat sampai ke rumah? Malas hendak beratur di kaunter oleh kerana mengambil masa yang lama? Kini dengan cara dalam talian sahaja anda boleh membuat semakan bil TNB anda dengan pantas dan senang.

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Elektrik TNB Terkini

Dengan arus pemodenan terkini, anda boleh  menyemak status mengenai bayaran penggunaan bil elektrik anda secara online sahaja. Selaras dengan kemajuan tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah meng-upgrade aplikasi TNB e-services ke aplikasi my TNB SELF SERVICE PORTAL yang lebih friendly user (mesra pengguna) agar semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah dan mengurangkan masa para pelanggan tanpa perlu menunggu dan berbaris di kaunter.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan bil TNB secara online:
portal my tnb

  • Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftar secara percuma dengan mengikut langkah-langkah yang telah disediakan di sini (KLIK SINI)
  • Bagi user yang sudah mempunyai akaun sedia ada di TNB e-services, anda boleh memakai id lama anda untuk melayari portal tersebut.

Antara perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah:

  1. Bayaran bil elektrik secara dalam talian.
  2. Memaparkan maklumat dan informasi yang lengkap mengenai akaun TNB anda.
  3. Memaparkan maklumat mengenai semakan bil TNB anda bagi bulan-bulan terdahulu serta terkini.
  4. Memaparkan kadar penggunaan elektrik bulanan di rumah anda.
Sekian sahaja panduan ringkas tentang semakan bil TNB anda. Semoga dengan panduan ini akan memudahkan anda untuk membuat rujukan dan menjelaskan bil elektrik dengan lebih pantas. Sekiranya anda ingin melakukan semakan saman polis, PDRM, dan JPJ, sila klik sini.



0 comment... add one now