Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah

Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya ialah KWSP merupakan salah sebuah institusi keselamatan sosial yang dibina di bawah Undang-Undang Malaysia (Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta 452). Fungsi KWSP adalah untuk memberikan faedah persaraan kepada ahli yang berdaftar dengan cekap dan sangat dipercayai. Oleh itu, kami akan ceritakan kepada anda Cara Mendaftar Ahli KWSP dengan terperinci agar semua urusan pendaftaran anda berjalan dengan lancar.

Cara daftar ahli kwsp

Cara Mendaftar Ahli KWSP Lengkap Dan Mudah. 

Pada tahun ini, jumlah keahlian KWSP yang masih aktif dan mencarum adalah sudah melebihi 6.79 juta. Untuk pengetahuan anda, ahli-ahli KWSP adalah terdiri dari Pekerja Sektor Swasta serta Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Tanpa membuang masa, kita teruskan dengan cara untuk mendaftar menajadi ahli KWSP.

Cara Mendaftar Ahli KWSP

Dokumen yang perlu disertakan;
  • Kad Pengenalan
  • Borang KWSP 6 (Borang A) atau Borang KWSP 3
Berdasarkan kepada laman portal KWSP, anda boleh menjadi ahli dengan langkah-langkah yang berikut:

1. Mendaftar Secara Automatik
  • Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP dengan automatik setelah KWSP menerima caruman pertama anda dari majikan anda. Pendaftaran ini dilakukan mengikut nama dan nombor IC anda yang telah dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran anda akan siap setelah KWSP menerima pengesahan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. Pendaftaran Melalui Kaunter atau Mel

  • Anda atau Majikan anda boleh menghantar Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel bagi mendaftar sebagai ahli KWSP. Anda perlu pastikan kesemua maklumat peribadi yang disenaraikan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan anda lengkap dan benar. Cap Jari yang dilekatkan juga hendaklah jelas kelihatan di borang.

**TIPS TERBARU: Anda boleh menjadi ahli KWSP dengan segera dengan datang ke kaunter/cawangan KWSP berhampiran anda dengan membawa IC – cip kad pengenalan mestilah boleh dibaca – untuk di imbas secara terus di kaunter pendaftaran. Cara ini tidak memerlukan anda untuk mengisi borang dan urusan anda akan siap dengan hanya beberapa minit sahaja.

Kakitangan KWSP akan scan Kad Pengenalan anda kemudian diikuti dengan pengesahan melalui scan cap jari anda.

Sampai di sini sahaja perkongsian mengenai Cara Mendaftar Ahli KWSP kali ini. Kami berharap melalui perkongsian ini dapat memudahkan urusan pendaftaran keahlian KWSP anda. Segala persoaalan mengenai artikel ini bolehlah ditaip di dalam ruangan komen di bawah. Kami akan cuba menjawab segala soalan anda dengan segera.

Bagi yang ingin melakukan semakan CCRIS Dan CTOS silakan klik link SINI.


0 comment... add one now