Cara Mendaftar SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia

CARA MENDAFTAR SSM (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA) Kerajaan telah meletakkan syarat segala bisnes dalam talian perlu mendaftarkan bisnes mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Peniaga akan diambil tindakan, jika mereka gagal berbuat demikian, dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 hukuman denda tak lebih daripada RM 50,000.00 atau penjara tak lebih dua tahun). Sila Klik sini untuk info lebih lanjut.
Cara Daftar SSM

Cara mendaftar SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Terdapat 2 bentuk perniagaan :

Perniagaan Tunggal – Perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik sahaja sepenuhnya

Perniagaan Perkongsian – Perniagaan yang dimiliki oleh paling kurang 2 orang & tak lebih dari dua puluh rakan kongsi (share partner).

Dibawah adalah cara mendaftar SSM.

1) Pendaftaran boleh dilakukan dengan memakai nama sendiri atau nama “Tred
  • Nama sendiri
Untuk pemohon yang memakai nama sendiri seperti yang tertera di kad pengenalan tak perlu mendapatkan kelulusan nama perniagaan.

Contoh:

Ali bin Bakar, Ah Chai Lim, S Kalasari a/l Mutusamy

  • Nama “Tred”
Nama perniagaan Tred perlu memohon kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Contohnya :

Stark industries, Kak Lomah Catering, Kekal Ungul Enterprise.


2) Mengisi Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat yang diminta dengan lengkap.

3) Pemilik dan rakan kongsi mestilah tandatangan pada ruangan identiti pemilik serta di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.

4) Pemilik atau rakan kongsi (Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) perlu menghantar permohonan di kaunter SSM. Pemohon juga boleh menghantar permohonan secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement pada laman web SSM di ssm.com.my.

5) Dokumen yang perlu dihantar sekali ketika membuat permohonan.
  • Salinan IC pemilik dan rakan kongsi (jika ada rakan kongsi).
  • Surat Kebenaran atau Surat Sokongan untuk jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan).
  • Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan
Logo SSM

Syarat-syarat memohon

Syarat-syarat untuk memohon adalah :
  • Pemilik wajiblah warganegara Malaysia
  • Berusia18 tahun dan keatas.
  • Hanya pemilik atau rakan kongsi sahaja yang dibolehkan untuk memohon.

Panduan Am pemohon

Selebihnya, para pemohon hendaklah mengetahui sedikit info ini sebagai panduan atau cara mendaftar SSM.
  • Perniagaan sudah bermula dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan
  • Perniagaan sudah bermula dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan
  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dilakukan untuk jangka masa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak melanggar undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam dan prinsip moral.
  • Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.
  • Individu yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
Semoga dengan panduan mendaftar SSM ini, anda semua yang mempunyai bisnes dapat mendaftar dengan lebih baik dan menyediakan apa yang sepatutnya ketika mendaftar.


0 comment... add one now