Cara Menghilangkan Blackhead Dan Whitehead

Cara Menghilangkan Blackhead dan Whitehead. Apakah itu Blackhead & Whitehead? Whitehead dan Blackhead merupakan kumpulan jerawat yang biasa terjadi dalam kalangan orang Asia, terutama mereka yang mengalamai masalah kulit berminyak.

blackhead dan whitehead
blackhead dan whitehead

Blackhead

Blackhead ialah lebihan minyak dan kulit mati yang tersumbat pada kelenjar “sebaceous’ Pori atau liang-liang yang tersumbat tetapi dalam keadaan permukaan kulit terbuka akan menyebabkan blackhead terjadi.

Pengoksidaan bakal berlaku apabila terdedah kepada udara & mengakibatkan warna lebihan minyak serta kulit mati yang terkumpul menjadi warna hitam.

Whitehead

Whitehead pula berlaku pada bawah liang yang tertutup. Minyak & kulit mati terperangkap di dalam liang ini dan akan terbentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (tiada tindak balas oksida) Whitehead boleh terjadi pada semua bahagian muka dan badan.

Cara Menghilangkan Blackhead dan Whitehead

ais

1) AIS
  • Melancarkan peredaran darah dan menjana kulit yang lebih sihat

Cara :
  • Balut kiub ais menggunakan kain, tekapkan di kawasan yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang boleh.
  • Cuci muka menggunakan air berais sekali sehari.
  • Untuk kesan yang efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2) CUKA EPAL

  • Menegangkan kulit, mengurangkan pori serta memulihkan kestabilan ph kulit muka.
Cara :
  • Campurkan cuka ke dalam air. Sapukan pada kulit muka pakai kapas. Biarkan ianya kering dan jirus menggunakan air. Lakukan setiap malam setelah mencuci muka.

3) PUTIH TELUR
  • Mengecutkan liang-lang dan pori yang terbuka dan mengurangkan minyak yang berlebihan pada muka.
Cara :
  • Pukul putih telur serta sapukan pada muka anda. Biarkan ia kering kemudian bilas. Anda juga boleh meletakkan tisu di atas permukaan kulit setelah menyapu putih telur untuk kesan yang lebih efektif. Lakukan rutin ini 2 kali setiap minggu.

4) SKRUB GULA
  • Membuang minyak yang berlebihan pada muka dan mengecilkan liang pori yang terbuka.
Cara :
  • Gaul 2 sudu gula, 1 sudu minyak zaitun serta sedikit jus lemon bersama. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas. Buat sekerap mungkin. Anda juga boleh menambah aroma lain seperti kayu manis serta vanilla untuk menambah wangi!
soda bikarbonat

5) SODA BIKARBONAT
  • Membuang lebihan minyak, kotoran serta debu dan menghapuskan masalah jerawat

Cara :
  • Buat pes dengan mengcampurkan 2 sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada permukaan kulit dan urut perlahan-lahan supaya dapat diserap.

6) JUS LEMON
  • Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta dapat mencerahkan lagi wajah supaya berseri.

Cara:
  • Campurkan 1 sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit selepas itu bilas. Lakukan setiap hari setiap bulan.
timun

7) TIMUN
  • Mengecutkan liang pori yang terdedah dan menyerikan muka.
Cara :
  • Hasilkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus kemudian sapukan pada permukaan wajah. Biarkan selama 15 sehingga 20 minit. Lakukan setiap hari setiap bulan.

8) YOGURT
  • Membuang minyak yang berlebihan, menghapuskan sel-sel kulit mati, menghilangkan garis halus dan kedut di muka.
Cara :
  • Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

9 ) TOMATO
  • Antiseptik sangat berkesan untuk membersihkan liang roma yang tersumbat, menghapuskan blackhead
Cara :
  • Lumatkan tomato serta ambil jusnya . Sapukan ke wajah seperti mask. Biarkan ia kering semalaman. Blackhead akan kering kemudian jatuh dengan sendirinya/

10) OAT
  • Untuk kulit yang sensitif
Cara:
  • Campurkan 5 sudu madu dan dua sudu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sehjingga sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Setelah selesai, biarkan ia kering dan bilas.

Penjagaan luaran seperti memakai tuala /tisu yang bersih untuk menyapu muka, menukar sarung bantal setiap minggu, memakan makanan yang sihat juga membantu anda untuk mengurangkan masalah blackhead dan whitehead. Penjagaan kulit secara rutin dapat membuatkan kulit anda bersih dan sihat. Terima kasih kerana membaca artikel ‘ cara menghilangkan blackhead dan whitehead’ . Sebarang komen atau penambahan anda silalah komen di bawah!


0 comment... add one now