Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro. Terdapat macam-macam alternatif untuk membuat semakan bil penggunaan bulanan Astro rumah ataupun kedai makan dan juga restoran. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara mudah bagi menyemak bil Astro kepada para pembaca, iaitu melalui sistem E-Billing.

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

Cara Mudah Untuk Semak Bil Astro

Melalui E-Billing
  • Lawati laman portal halaman https://www.astro.com.my/ebilling
  • Pada bahagian atas sekali portal bahagian kanan anda akan nampak butang untuk login dan register
  • Sekiranya anda telah mempunyai Astro ID, login masuk bagi menyemak bil Astro
  • Sekiranya belum, sila klik register serta isikan butir-butir yang diperlukan. Ianya begitu mudah dan mesra pengguna.

Cara Baca Invois Astro Dengan Mudah

Dibawah adalah invois yang menunjukkan seperti di E-Billing Astro dan maklumat terperinci bagi pemahaman para pelangggan:

ebilling astro malaysia


A. Nama dan Alamat pengguna

B. Nombor pihak Astro yang boleh di-contact

C. Informasi invois (nombor akaun, tarikh invois, tempoh bil, serta nombor invois)

D. Jumlah Caj Tertunggak yang harus dibayar segera bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan

E. Tarikh matang untuk penjelasan Caj Baru

F. Jumlah keseluruhan yang harus dibayar

G. Kod cukai untuk GST

H. Cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap perincian bil sepanjang tempoh perlaksanaan Cukai Perkhidmatan

I. Caj GST yang dikenakan bagi setiap perincian bil sepanjang tempoh perlaksanaan GST

J. Jenis cukai

K. Maklumat mata ganjaran Astro Circle

1 – Baki bulan lalu

2 – Pembayaran terakhir yang dilunaskan bagi tempoh bulan lalu

3 – Jumlah caj semasa bagi langganan anda

4 – Diskaun/rebat/pengecualian/penyelerasan serta prorata bakal diperincikan di sini

a. Baki mata ganjaran Astro Circle (AC) terkumpul sejak tempoh bil lalu

b. Mata ganjaran AC terkumpul sejak tempoh bil ini

c. Mata ganjaran AC yang terkumpul sejak promosi istimewa

d. Mata ganjaran AC setelah penolakan dan penambahan

e. Jumlah mata ganjaran AC yang dimiliki bagi penebusan ganjaran


Kelebihan E-Billing Astro
  • Dapat menjimatkan penggunaan kertas
  • Tiada lagi kelewatan menerima bil oleh kerana penghantaran surat yang biasa
  • Dapat menyimpan semua rekod-rekod bil yang sudah dihantar kepada pengguna
  • Dapat mengakses bil-bil anda dengan mudah 24 jam sehari dan tidak kira di mana sahaja anda berada
Sekian sahaja tips tentang cara mudah untuk semak bil Astro anda melalui E-Billing. Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan para pengguna khususnya pengguna Astro suapaya dapat membuat pembayaran awal bagi mengelakkan daripada servis tergendala.


0 comment... add one now