Cara Untuk Hilangkan Kesan Eyebag

Cara Untuk Hilangkan Kesan Eyebag. Eyebag ialah lingkaran hitam yang terhasil pada bawah mata. Ianya boleh merosakkan penampilan seseorang terutama yang mementingkan kecantikan dan ketampanan. Eyebag hitam bakal menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan tidak ceria kemudian boleh menyebabkan keyakinan diri berkurang. Jangan risau! Artikel kali ini akan mengongsikan mengenai bagaimana cara untuk menghapuskan kesan eyebag dengan mujarab.

eyebag panda

Cara Untuk Hilangkan Kesan Eyebag

Bagaimana lingkaran hitam (eyebag) terjadi?


1. Keturunan (genetik)
  • Jika ada dalam kalangan keluarga ataupun keturunan anda yang memiliki eyebag, tidak mustahil ianya boleh terjadi kepada kita. Bergantung juga kepada jenis kulit, jika kulit seseorang itu jenis yang nipis, bayang-bayang hitam pada bawah mata akan lebih mudah kelihatan.

2. Kekurangan zat dalam badan
  • Selalunya, saluran darah pada sekitar mata makin membesar boleh menyebabkan keseimbangan hormon terganggu. Selain dari itu, masalah kesihatan seperti anemia yang terjadi adalah disebabkan kurangnya zat besi di dalam darah juga menjadi sebab mata kelihatan lebam serta gelap.
3. Faktor umur
  • Apabila usia seseorang itu sudah mencapai 30 tahun dan ke atas, keanjalan kulit akan makin titpis terutamanya pada bahagian mata. Lapisan kolagen juga makin berkurang dan menyebabkan bahagian bawah mata mudah menjadi gelap serta lebam.

4. Tidur yang tidak mencukupi
  • Masalah tidur yang tak cukup juga akan menyebabkan mata menjadi bengkak dengan senang. Hal ini oleh kerana pembuluh darah terpaksa bekerja lebih keras daripada had kebiasaanyya.

Petua & Cara Untuk Hilangkan Kesan Eyebag

a) Hirisan timun
  • Timun mengandui gamat dan kandungan air yang tinggi. Ianya sesuai untuk diletakkan pada bahagian mata kerana ianya dapat melegakan dan menenangkan bahagian kulit. Begitu sesuai bagi mata yang letih serta lesu.

b) Almond oil (minyak badam)
  • Almond oil kaya dengan khasiat vitamin E, maka ianya begitu sesuai bagi mengurangkan lingkaran eyebag dan membantu meratakan tona bawah mata dan kulit agar tidak kusam dan kembali sihat. Caranya sapu sahaja minyak tersebut pada bahagian kulit mata seperti pelembap biasa.

c) Uncang teabag
  • Teh sangat bagus terutamanya untuk memperbaiki saluran peredaran darah di bahagian mata kerana sifatnya alkalinya mampu untuk merawat masalah eyebag dan pigmentasi. Boleh diletakkan sama ada teabag yang baru ataupun yang lama pada bahagian mata.

d) Meminum air kosong
  • Kekurangan kandungan air di dalam badan akan mengakibatkan sistem peredaran darah menjadi tidak lancar. Amalkan meminum air secukupnya paling kurang 8 gelas sehari supaya kulit tidak kering dan berkedut.

e) Serbuk baking soda

Serbuk baking soda dapat mengembalikan keanjalan kulit terutama di bahagian mata. Cara-caranya ialah:
  • ambil air kosong biasa
  • bancuh dengan satu sudu baking soda dan larutkan dalam air
  • ambil kapas muka dan lembapkan kemudian tempek ke bahagian mata selama 10 ke 15 minit
  • selepas itu cuci dan sapukan dengan pelembap

Sekian sahaja tips dan cara untuk menghapuskan kesan lingkaran eyebag dengan mujarab. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua dan membantu dalam mengurangkan masalah mata panda anda semua. Selamat mencuba!


0 comment... add one now