Cara Untuk Move On Dengan Berkesan

Cara Untuk Move On Dengan Berkesan. Tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan, masing-masing pasti mengalami kepayahan untuk move on lebih-lebih lagi untuk yang baru mengenali cinta buat kali pertama. Artikel ini bakal menerangkan mengenai langkah-langkah untuk move on dengan berkesan dan seterusnya boleh melupakan kenangan manis atau pahit lama anda.

cara untuk move on dengan berkesan

Cara Untuk Move On Dengan Berkesan

1) Memohon kekuatan daripada Tuhan
  • Antara tips yang utama adalah dengan mendekatkan diri kita kepada Tuhan dan memohon agar diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Tidak kira lah anda menganut agama apa sekalipun, sekiranya kita meminta diberi kekuatan, nescaya DIA akan membantu untuk memudahkan urusan dan kita akan berasa lebih tenang dan damai sekaligus dapat melupakan perkara tersebut.

2) Mulai menilai serta muhasabah diri

  • Boleh bermula dengan menilai diri secara objektif (introspection). Muhasabah & cuba membetulkan kekurangan diri sendiri. Oleh itu, anda akan dapat memajukan diri supaya menjadi yang lebih baik. Tambahan pula, daya pemikiran anda pun semakin positif.

3) Biasakan diri anda dengan suasana yang baru

  • Jika sebelum ini anda sentiasa banyak menghabiskan masa bersama pasangan tidak kira di mana sahaja. Selepas ‘break up’ anda haruslah menyelesakan diri bahawa anda sudah tidak bersama pasangan lagi. Pada mulanya memang agak berat dan sedikit sukar bagi merealisasikan kenyataan, tapi lama-kelamaan anda akan mempunyai kekuatan serta tidak berasa janggal lagi kerana sudah membiasakan diri dengan keadaan yang baru.

4) Menyibukkan diri

  • Try sibukkan diri anda dengan apa-apa kerja ataupun aktiviti (aktiviti luar rumah paling utama). Dengan membiasakan diri untuk menjadi aktif, kebiasaannya anda akan menjadi biasa akan status solo dan proses move on lebih cepat.

5) Bersosial dengan rakan-rakan
  • Ketika anda sibuk bersama-sama dengan pasangan, pastinya kebanyakan masa akan dicurahkan hanya dengan dia seorang. Impaknya, ianya telah mengakibatkan anda rasa lebih jauh dengan persekitaran dan sahabat-sahabat anda. Cuba untuk berjumpa dengan rakan-rakan semula, luangkan masa dan babitkan diri dengan gejala sihat. Justeru, anda akan berasa ceria kerana sentiasa berjumpa dengan orang serta turut membantu dalam proses move on.

6) Berkongsi cerita kepada orang yang dipercayai
  • Sekiranya ada masa, cuba untuk berkongsi cerita dengan seseorang yang anda yakin dan boleh percayai. Cara ini boleh diamalkan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif “break up”. Kemudian, minta nasihat dan sokongan daripada mereka supaya dapat keluar daripada masalah tersebut.

7) Elakkan kegiatan ‘stalking’
  • Bagi mana-mana pasangan yang baru break-up, anda mesti ingat bahawa elakkan aktiviti untuk ‘stalk’ sama ada status di media massa, melalui smartphone dan sebagainya. Sebaiknya, hapuskanlah segala perkara yang berkaitan dengan dia. Jika sayang untuk membuang hadiah pemberiannya, simpan di dalam satu tempat dan sorokkan di tempat yang jauh dari pandangan. Yang penting, kuatkan diri supaya tidak mendekatinya lagi.

8) Belajar untuk membuka hati
  • Jangan biarkan hati anda terlalu lama kesakitan dan kesedihan. Belajarlah untuk menjadi lebih berpandangan jauh dan persiapkan diri dan hati dengan menimba ilmu, dan persiapan bagi menerima insan yang lain. Jangan biarkan hati anda tertutup terus dan cuba untuk menerima kehadiran insan baru. Akan tetapi, ini tidak bermakna anda perlu mencari pasangan selepas kejadian tersebut. Jika dalam keadaan tergesa-gesa, biasanya pasangan tersebut hanya sekadar menjadi tempat persinggahan yang sebenarnya tidak membetulkan masalah langsung.
Sekian sahaja perkongsian mengenai cara untuk move on dengan berkesan. Semoga ianya bermanfaat dan dapat membantu sesiapa sahaja yang baru sahaja berpisah, atau pun kepada yang masih menjalani proses move on tersebut. Good luck.


0 comment... add one now