Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik

Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik. Sebelum mana-mana graduan tidak kira sama ada graduan universiti ataupun kolej, para pelajar mesti akan diberikan kursus tentang bagaimana persiapan untuk temuduga serta membuat portfolio resume. Resume adalah surat di mana isi kandungannya menceritakan mengenai profail individu tersebut. Jika resume tersebut diluluskan oleh mana-mana tempat kerja tidak kira syarikat kerajaan ataupun pun syarikat swasta, barulah seseorang itu akan pergi ke proses seterusnya, iaitu proses temuduga. Artikel ini akan menceritakan tentang contoh resume ringkas dan terbaik untuk tahun terkini.

contoh resume terbaik

Contoh Resume Ringkas Dan Terbaik

Sebelum itu, beberapa aspek yang perlu diambil berat semasa membuat resume iaitu:

  • Contact Info: Mengandungi nama, nombor telefon yang boleh dihubungi, alamat dan email
  • Personal Particulars: Umur, warganegara, jantina, bangsa, tarikh lahir, agama, status perkahwinan, nombor IC dan bahasa pertuturan (sebagai contoh Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Jikalau anda mahir dalam bahasa lain seperti Bahasa Jepun atau Bahasa Cina, boleh masukkan kerana ianya merupakan bonus sekiranya ingin meminta pekerjaan dengan syarikat luar negara.
  • Educational Background: Senaraikan pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Selain itu, boleh tambah dengan subjek-subjek yang telah diambil semasa di universiti dan sijil-sijil kemahiran yang telah dicapai.
  • Employment History: Tuliskan pengalaman bekerja sebelum ini jika ada. Boleh sertakan bermula daripada tempat praktikal sehingga ke tempat bekerja terkini. Di sini bahagian sumber manusia akan menilai dari segi pengalaman yang ditimba sepanjang tempoh di tempat kerja anda
  • Professional Skills: Senaraikan bidang-bidang yang anda ceburi dan susun mengikut gred yang anda mahir hingga ke biasa. Selain itu, jangan lupa untuk menambah ciri-ciri ataupun kebolehan anda sebagai contoh boleh bekerja di bawah tekanan, fasih berkomunikasi tidak kira dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, boleh bekerjasama dan menerima pendapat orang lain dan lain-lain.
  • Achievements: Pencapaian dan sijil-sijil yang dicapai tidak kira dalam kurikulum dan kokurikulum.
  • Reference: Ini penting kerana sekiranya terdapat mana-mana syarikat yang ingin tahu lebih lanjut mengenai diri anda, kebiasaannya mereka akan bertanya kepada penama-penama yang disenarai dalam bahagian rujukan. Anda boleh letakkan supervisor semasa projek tahun akhir (Final Year Project) dan supervisor ketika praktikal. Oleh itu, tunjukkan komited kesungguhan anda kepada mana-mana supervisor supaya rekod anda baik dan tiada masalah semasa mereka ditemuramah oleh syarikat yang anda minta.

Antara contoh resume ringkas, mantap serta padat yang boleh dijadikan panduan:

contoh resume terbaik 1

Contoh Resume 1

contoh resume terbaik 2

Contoh Resume 2

contoh resume terbaik 3

Contoh Resume 3

Sekian sahaja contoh resume ringkas dan padat daripada kami. Biar nampak simple, asalkan isinya padat dan seanng difahami. Selamat maju jaya buat semua!


0 comment... add one now