Diskaun Bayaran Balik PTPTN 2016 / 2017

Insentif Diskaun Pembayaran Balik PTPTN 2016 / 2017. Makluman buat mereka yang meminjam melalui PTPTN yang masih memiliki hutang pinjaman pelajaran. Kerajaan telah bersetuju dalam Bajet 2017 untuk memberikan faedah dalam bentuk diskaun dari 10% sehingga 15% berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 hingga bulan Dis 2017. Pemberian diskaun yang dibuat ini bertujuan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik secara penuh, separuh atau melalui potongan gaji. Kepada peminjam yang enggan membuat pembayaran mengikut jadual yang ditetapkan boleh disenaraihitamkan (blacklisted).

Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Diskaun Pembayaran Balik PTPTN 2016/ 2017

Senarai Insentif Diskaun Bayaran Balik PTPTN yang diumumkan dalam Bajet 2017 pada 21 Okt 2016 yang lalu adalah seperti di bawah :-
  • Penyelesaian Penuh Pinjaman : Diskaun sebanyak 15 %  atas baki hutang
  • Bayaran 50 Peratus Pinjaman : Diskaun sebanyak 10 % diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 % daripada baki hutang. Pembayaran mestilah dibuat dalam sekali bayaran.
  • Potongan Gaji/ Direct Debit : Diskaun sebanyak 10 % bagi bayaran balik PTPTN melalui kaedah ini mengikut jadual bayaran balik yang sudah ditetapkan
Sebagai rujukan semua, peminjam PTPTN boleh melawat panduan SEMAKAN BAKI untuk menyemak jumlah baki pinjaman mereka. Semakan boleh dilakukan secara online atau SMS.

Semoga langkah pemberian Insentif  Diskaun Bayaran Balik PTPTN ini menggalakkan peminjam PTPTN untuk melakukan bayaran pinjaman dengan kadar segera dan mengikut jadual. Hutang pinjaman yang dijelaskan mengikut jadual dapat membantu pelajar lain yang memerlukan.


0 comment... add one now