Harga Proton Ertiga MPV Dan Gambar/ Spesifikasi

Harga Proton Ertiga MPV Dan Gambar/ Spesifikasi Terbaru. Proton telah melancarkan model terbaru MPV, iaitu Proton Ertiga hasil kerjasama strategik dengan Suzuki. Harganya bermula dari RM58,800 sehingga RM64,800. Perasmian ini sekaligus menjadikan tahun 2016 adalah tahun aktif buat Proton selepas pengeluaran proton iriz pada awal tahun lalu.

Sebelum ini 3 model baru telah dilancarkan iaitu Perdana, Persona dan Saga Baru. Pelancaran model terbaru ini bakal bersaing dengan Perodua Alza dan Toyota Avanza yang berada dalam MPV segmen B.
ertiga main

Proton Ertiga MPV Terbaru 2016

Model Proton Ertiga MPV keluaran baharu ini dibina berasaskan kepada model Suzuki Ertiga dan merupakan kenderaan yang pertama keluaran daripada Proton yang berjaya menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV). Diantara yang menarik terdapat pada kereta kompak MPV ini ialah ciri penjimatan minyak, ruang yang luas, pemanduan selesa dan senyap.

Enjin

  • Enjin petrol 1.4 Liter dengan VVT

Varian

Dibina dalam 2 varian yang berbeza iaitu :
  • Transmisi automatik empat-kelajuan
  • Manual lima-kelajuan

Aspek Keselamatan

MPV Ertiga yang baharu ini memiliki dua beg udara pada bahagian hadapan, sistem brek ABS + EBD dan stereng kuasa elektronik.

Harga Proton Ertiga MPV Baru 2016

Sudah tentu ramai yang nak tahu berapakah harga Proton Ertiga MPV baru ini. Ianya akan dijual pada harga berikut :-

  • 1.4L Executive MT : RM58, 800
  • 1.4L Executive CVT : RM61,800
  • 1.4L Plus CVT) : RM64,800

Warna Yang Ditawarkan

4 pilihan warna berbeza diberi kepada pembeli iaitu :-

  • Ruby Red
  • Carnelian Brown
  • Cotton White
  • Metal Grey
Mampukah Proton Ertiga menjadi model MPV yang paling laris di Malaysia? Mari sama-sama kita lihat gambar menarik MPV terbaru ini.

Gambar Proton Ertiga


proton ertiga depan blkg
ertiga1
ertiga bonet

proton ertiga stereng

Sumber Gambar : Proton

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan ingin melihat kenderaan keluaran Proton yang terbaru ini secara 'live', bolehla pergi ke pusat pameran Proton Edar yang berdekatan untuk menikmati kehebatan Proton Ertiga baru ini.


0 comment... add one now