Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2016

Kadar Pengagihan Pendapatan Dividen Dan Bonus ASB 2016. Menjelang hujung tahun pasti dinantikan oleh pelabur yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pada ketika ini kebiasaannya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan memberitahu kadar pengagihan dividen serta bonus ASB. Untuk tahun 2016, kadar dividen & bonus dianggarkan bakal diumumkan pada minggu ke-2 atau paling lewat hujung bulan Disember 2016. Pada tahun lepas, ianya telah diumumkan pada 29 Disember 2015.

kadar dividen asb 2016


Selain itu, ASNB telah memberitahu bahawa urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 22 December 2016 hingga 2 January 2017 untuk pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2016.

Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2016

Dibawah adalah kadar dividen serta bonus ASB dan ASN bagi tahun 2016 yang telah diumumkan pada 22 Disember 2016.
  • Dividen : 6.75 sen/ unit
  • Bonus : 0.50 sen/ unit
  • Jumlah : 7.25 sen/ unit
* Jumlah pengagihan bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula ialah 5 sen seunit.

Sebagai rekod, dibawah adalah kadar dividen serta bonus ASB tahun 2015 bersama rekod pengagihan untuk tahun-tahun sebelum ini iaitu dari tahun 1990 hingga 2015.
  

TahunKadar Dividen ASBKadar Bonus ASBJUMLAH
(sen : unit)(sen : unit)(sen : unit)
Tahun 20157.250.57.75
Tahun 20147.518.5
Tahun 20137.718.7
Tahun 20127.751.158.9
Tahun 20117.651.158.8
Tahun 20107.51.258.75
Tahun 20097.31.258.55
Tahun 200871.758.75
Tahun 2007819
Tahun 20067.31.258.55
Tahun 20057.251.759
Tahun 20047.2529.25
Tahun 20037.2529.25
Tahun 2002729
Tahun 20017310
Tahun 20009.75211.75
Tahun 19998.51.50 + 2.00 (special bonus)12
Tahun 199882.510.5
Tahun 199710.251.2511.5
Tahun 199610.25313.25
Tahun 199510313
Tahun 19949.54.514
Tahun 199394.513.5
Tahun 19927.5512.5
Tahun 19918.5412.5
Tahun 19908614

Semoga Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2016 yang diumumkan nanti mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua. Banyakkan bersedekah :)


0 comment... add one now