Kalendar Peperiksaan STPM 2017 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Kalendar Peperiksaan STPM 2017. Pengumuman penting kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2017. Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan STPM 2017 yang dipaparkan maklumat berkaitan jadual serta tarikh penting peperiksaan. Kalendar yang dikeluarkan adalah rasmi oleh MPM ini termasuk Jadual Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 termasuklah peperiksaan Ulangan Penggal 1 dan 2.

kalendar stpm 2017

Kalendar Peperiksaan STPM 2017

Dibawah adalah kalendar/ jadual peperiksaan STPM 2017 termasuk tarikh dibuka dan ditutup untuk pendaftaran, tarikh peperiksaan bertulis dan tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab. Grafik kalendar peperiksaan boleh dirujuk di atas.

1. STPM Penggal 1 2017

  • 16 Jun sehingga 15 Julai 2016 : Tarikh Untuk Pendaftaran
  • 15, 16, 17 & 21 November 2016 : Tarikh Untuk Peperiksaan Bertulis

2. STPM Penggal 2 2017

  • 16 Jun sehingga 15 Julai 2016 : Tarikh Untuk Pendaftaran
  • 22, 23, 24 dan 25 Mei 2017 : Tarikh Untuk Peperiksaan Bertulis

3. STPM Penggal 3 2017

  • 16 Jun sehingga 15 Julai 2016 : Tarikh Untuk Pendaftaran
  • 10, 11, 12, 16, 17 & 18 Oktober 2017 : Tarikh Untuk Ujian Lisan Bahasa Arab
  • 6, 7, 8, 9 & 13 November 2017 : Tarikh Untuk Peperiksaan Bertulis

4. STPM Ulangan Penggal 1 2017

  • 3 April sehingga 15 Mei 2017 : Tarikh Untuk Pendaftaran
  • 14, 15, 16, & 20 November 2017 : Tarikh Untuk Peperiksaan Bertulis

5. STPM Ulangan Penggal 1 2017

  • 3 sehingga 16 Ogos 2017 : Tarikh Untuk Pendaftaran
  • 21, 22, 23 & 28 November 2017 : Tarikh Untuk Peperiksaan Bertulis

Nota

  1. Semua info yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan dari Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.
  2. Pendaftaran untuk calon sekolah kerajaan serta bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.
  3. Kepada calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2016 mereka bolehlah mendaftar pada penggal 2 sebagai calon dari sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

Maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk pada Nota di bawah ini :-

panduan stpm 2017

Sumber : MPM

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi :-

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA, PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG, 68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-6126 1600 Faksimile: 03-61361488 Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: [email protected]


Semoga dengan Kalendar Peperiksaan STPM 2017 ini boleh dijadikan persediaan buat calon peperiksaan STPM 2017. Kami doakan anda semua berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2017. Aamin...


0 comment... add one now