Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Jadual & Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India. Sedang berlangsung, sebuah lagi kejohanan hoki bertaraf antarabangsa . Telah berlangsung dari 8 hingga 18 Disember 2016 Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 edisi ke 11 ataupun Hockey Junior World Cup 2016  di Lucknow, India. Pasukan Malaysia (remaja) di bawah bimbingan Jurulatih, Wallace Tan telah ditawarkan untuk menyertai selepas pasukan Pakistan terpaksa menarik diri kerana menghadapi masalah visa. Berikut adalah keputusan perlawanan melibatkan Malaysia di Hoki Piala Dunia Remaja 2016. Siaran langsung perlawanan akan disiarkan di saluran Astro Arena 801, 802 HD, 810 dan 834 HD.
Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India


Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India

Skuad remaja kita semua, Malaysia telah diletakkan di dalam Kumpulan B bersama 2 jaguh Eropah iaitu Belanda dan Belgium. Kumpulan dari benua Afrika iaitu Mesir melengkapkan senarai pasukan. 16 pasukan beraksi dalam 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan tersebut akan bertanding di Stadium Major Dhyan Chand, Lucknow.

Dibawah adalah senarai pasukan-pasukan yang layak beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 2016.

Kumpulan A

  • Argentina 
  • Austria
  • Korea Selatan
  • Australia

Kumpulan B

  • Belanda
  • Belgium
  • Malaysia
  • Mesir

Kumpulan C

  • Jerman
  • Sepanyol
  • New Zealand
  • Jepun

Kumpulan D

  • India 
  • England
  • Afrika Selatan
  • Kanada

Jadual Dan Keputusan Malaysia Di Hoki Piala Remaja Dunia 2016

Dibawah adalah result yang melibatkan pasukan remaja Malaysia di Kumpulan B.

  • 9 Dis 2016 (8:30 pm) - Malaysia vs Belanda : 2 - 7
  • 11 Dis (6:30 pm) - Malaysia vs Mesir : 0 - 0
  • 12 Dis (6:30 pm) - Malaysia vs Belgium : 0 - 0
* Waktu Malaysia

2 pasukan yang berada paling atas adalah kumpulan akan layak ke suku akhir. Pasukan tangga ketiga akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi 9 hingga 12. Manakala pasukan yang berada pada tangga keempat akan beraksi penentuan 13 ke 16.

Selamat bertanding sebaik mungkin buat skuad hoki remaja Malaysia di Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2016 di India. Semoga pemain dapat beraksi dengan cemerlang.


0 comment... add one now