Panduan Doa Ringkas Selepas Solat

Panduan Doa Ringkas Selepas Solat. Dibawah dikongsikan bacaan doa selepas solat fardhu buat panduan dan rujukan semua. Semoga ianya bermanfaat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat senang untuk diingati dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan doa selepas waktu solat, semua hajat kita dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal'alamin.

doa selepas solat

Panduan Doa Selepas Solat

Berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan di dunia dan di akhirat:-

Doa Ringkas Selepas Solat 1

doa selepas solat 1
Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat & kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, kami memohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, di dunia dan akhirat. Ya Allah, baikkanlah pengakhiran kami pada setiap perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta seksa di akhirat. Ya Allah, kami memohon kepada Mu segala kebaikan sama ada lambat ataupun cepat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada Mu dari segala muaibah sama ada lambat ataupun cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhkanlah kami dari seksa api neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.


Doa Selepas Solat 2

doa selepas solat 2

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan keimanan, matikan kami dalam keimanan, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang beriman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kesilapan kami dan dosa-dosa kesilapan kedua orang tua kami, serta kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan pengakhiran yang baik dan janganlah kiranya Engkau sudahkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan pegangan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkauah yang Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di hari akhirat, dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Panduan Doa Ringkas Selepas Solat

Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. kredit Doa Harian


0 comment... add one now