Panduan Mohon Pinjaman PTPTN Secara Online

Panduan Mohon Pinjaman PTPTN Secara Online. Untuk meneruskan pelajaran ke Universiti Awam atau Swasta kini lebih senang dengan adanya pinjaman pendidikan PTPTN. Sila rujuk panduan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online yang dikongsikan ini untuk penjelasan lanjut. Untuk makluman, fungsi utama PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah untuk mengendalikan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran untuk pelajar di Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta (IPTS) di negara Malaysia.

PTPTN juga bertanggungjawab untuk mengutip kembali bayaran balik daripada peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan bayaran balik secara berjadual. PTPTN juga menyediakan skim simpanan pendidikan yang dinamakan sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan program tambahan yang membolehkan pendeposit menabung wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak mereka pada masa hadapan.

ptptn online

Di bawah adalah langkah-langkah memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara dalam talian yang dipetik daripada Portal Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN).

Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN

  • Applikasi Permohonan : Sila rujuk -> PTPTN Online
  • Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.

Cara Memohon pembiayaan pendidikan PTPTN secara online

Dibawah antara langkah-langkah untuk memohon PTPTN serta syarat-syarat dan panduan permohonan :-

  1. Pelajar yang belum memiliki akaun SSPN-i diminta untuk membuka akaun di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Agrobank untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA.
  2. Pelajar yang membuka akaun SSPN-i di Maybank atau Bank Rakyat dibenarkan membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN pada hari yang sama manakala bagi pembukaan akaun SSPN-i yang dibuat di Bank Islam dan Agrobank, permohonan pembiayaan pendidikan hanya boleh dibuat pada keesokan hari.
  3. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.
  4. Hanya pemohon yang sudah menerima tawaran kemasukan ke IPT layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
  5. Sila pastikan pemohon melengkapi keperluan berikut SEBELUM memohon secara atas talian (online):
  6. Memenuhi syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
  7. No PTPTN hanya sah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) hingga tarikh pendaftaran online.
  8. Memiliki alamat e-mel yang sah untuk urusan rasmi PTPTN.
  9. Menyelesaikan semua hutang pembiayaan pendidikan yang terdahulu jika pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / dapat penaja lain / batalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
  10. Hanya 1 permohonan sahaja boleh dibuat untuk satu masa.
  11. Bagi pemohon kali pertama hendak menggunakan sistem permohonan secara atas online, sila register permohonan anda dengan memasukkan maklumat nombor PTPTN pada menu PENDAFTARAN KALI PERTAMA kemudian menekan butang DAFTAR. Pemohon tak perlu memilih menu tersebut untuk penggunaan seterusnya (hanya daftar masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan dan password pada ruangan atas laman web kemudian tekan butang LOG MASUK).
  12. Pemohon wajib memastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar sebelum menekan butang "Ya" untuk tujuan pengesahan permohonan. Setiap permohonan yang telah disahkan TIDAK boleh ditukar pindaan dan pemohon mesti membeli nombor PTPTN yang baharu untuk membuat permohonan baru.
Sebarang pertanyaan lain berkaitan dengan Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online anda boleh menghubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.


0 comment... add one now