Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa itu MAIWP? MAIWP ataupun nama panjangnya ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia merupakan satu pertubuhan yang menjaga kebajikan dan hal ehwal umat Islam dalam Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya. Artikel ini akan menceritakan tentang permohonan bantuan baitulmal MAIWP.
Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Antara objektif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dibina adalah untuk:
  • Membina dan mewujudkan masyarakat Islam yang dinamik dan progresif dan selalu mencari redha Allah.
  • Memupuk keimanan dan menguatkan ukhwah dalam kalangan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan dan juga di Malaysia secara amnya untuk mencapai perpaduan ummah.
  • Memperbanyak usaha-usaha kebajikan serta menegah kemaksiatan dalam masyarakat Islam.
  • Melaksanakan cara-cara menambah harta MAIWP dengan pelaburan dan usaha-usaha yang halal untuk faedah dan kebaikan umat sejagat.

Syarat-Syarat Umum Permohonan Baitulmal MAIWP

  • i. Beragama Islam
  • ii. Warganegara Malaysia
  • iii. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
  • iv. Telah bermastautin di Wilayah Persekutuan tak kurang dari setahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
Untuk artikel ini, admin akan fokus akan langkah-langkah untuk membuat pemohonan bantuan baitulmal MAIWP secara dalam talian. Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah:
  • a. Penuhkan segala butiran yang tertera pada borang permohonan (tandatangan sokongan tidak diperlukan)
  • b. Sertakan sekali semua dokumen-dokumen yang perlu seperti yang terttulis dalam borang (cop pengesahan tidak diperlukan)
  • c. Setelah lengkap, kemudian boleh hantar borang permohonan tersebut ke mana-mana cawangan yang berdekatan (sebaiknya pemohon sendiri yang menghantar borang tersebut supaya boleh terus interview justeru proses permohonan akan menjadi lebih pantas)

Jenis-Jenis Bantuan Yang Disediakan :

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Am Persekolahan
  • Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
  • Bantuan Ramadhan
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Tiga Roda Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Selesaikan Hutang (al-Gharimin)
  • Bantuan Musibah
  • Biasiswa Baitulmal/Insentif Khas Untuk Pelajar Cemerlang
  • Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
  • Bantuan Pertanian
  • Bantuan Perniagaan
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Membina/Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  • Bantuan Tambang Luar/Dalam Negeri
  • Bantuan Segera
  • Bantuan al-Riqab
  • Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  • Bantuan Deposit Van/Bas Sekolah
  • Bantuan Takaful Asnaf
  • Bantuan Am Pelajaran IPT

Semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak menyenangkan urusan anda untuk membuat permohonan bantuan melalui baitulmal MAIWP. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini, sila layari http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat


0 comment... add one now