Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017

Permohonan biasiswa kerajaan negeri sabah 2017. Khabar gembira kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi, khusnya kepada yang berasal dari Sabah, anda berpeluang untuk mendapat bantuan biasiswa kerajaan negeri Sabah.

permohonan biasiswa sabah 2017

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017

Untuk tahun 2017, permohonan biasiswa melalui kerajaan negeri Sabah (BKNS) masih belum dibuka. Anda bolehlah melawati laman sesawang http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp untuk maklumat terkini dari kesemasa ke semasa..

Mereka yang layak memohon adalah :

Warganegara Malaysia yang lahir / berasal dari Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan serta salah seorang ibu atau bapa pemohon adalah berasal dan dilahirkan di Negeri Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Anda amat dipelawa untuk memohon Biasiswa Kerajaan daripada Negeri Sabah bagi mengambil kursus-kursus yang telah disenaraikan:

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
KejuruteraanKesihatan dan Perusahaan Ternak
Seni Bina (Architecture)Pertanian
PerakaunanSains Tulin
Juru UkurTeknologi Maklumat
2.Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
PerubatanPengajian Islam
PergigianMatematik
Perubatan VeterinarSains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
FarmasiTESL
KejuruteraanPsikologi
Ukur BahanSains Komputer
Seni Bina (Architecture)Ekonomi
Sains dan Teknologi MakananPerakaunan
Sains BioteknologiPentadbiran Perniagaan
AkuakulturPelancongan dan Hospitaliti
Sains Biologi MarinUndang-Undang
Sains Alam SekitarPengurusan Ladang
PerikananPertanian
PerhutananMuzik
KomunikasiPendidikan
Pengangkutan dan LogistikTeknologi Maklumat


(B) KELAYAKAN MEMOHON

1. Had Umur
Untuk kursus (A) 1 pemohon mestilah berusia tidak melebihi 20 tahun.
Untuk kursus (A) 2 pemohon mestilah berusia tidak melebihi 25 tahun.

2. Kelayakan Akademik
  • Kursus DiplomaLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat paling kurang gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuklah pelajaran Bahasa Melayu serta mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang diambil. Lulus dengan kepujian bagi Bahasa Inggeris untuk universiti yang memakai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  • Kursus Sarjana MudaLulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat paling kurang CGPA 3.5. Kelayakan ini mestilah diperoleh dengan hanya sekali mengambil peperiksaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Lulus Matrikulasi dengan mendapat paling kurang PNGK/CGPA 3.5
  • Lulus Foundation dengan memperoleh paling kurang PNGK/CGPA 3.5
  • Perubatan, Pergigian dan Farmasi
    - Kursus Farmasi, Perubatan dan Pergigian wajib mendapat paling kurang CGPA 3.5 pada peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Pelawaan biasiswa ini hanya untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri Sabah sahaja.
  • Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Farmasi, Perubatan dan Pergigian wajib mendapat paling kurang PNGK/CGPA 3.5 result semasa untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.


(C) CARA MEMOHON

  • Permohonan dilakukan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang : www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 10 Mac 2016. Pemohon wajiblah memiliki alamat email peribadi masing-masing.

(D) PERHATIAN

  • Untuk pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon dibenar menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) serta men-update semula permohonan apabila result peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan kadar yang segera.
  • Permohonan yang tak lengkap atau tak mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  • Keputusan permohonan boleh disemak secara dalam talian (online).
  • Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jika anda berjaya mendapatkan biasiswa ini, sememangnya anda akan lebih mudah untuk fokus dalam pembelajaran. Mendapat biasiswa dapat membantu sedikit sebanyak dalam pembayaran yuran, membeli alat-alat pembelajaran dan sebagainya. Pesanan penulis, janganlah mudah leka setelah mendapat duit biasiswa. Banyakkan berjimat , gunakan dengan baik atau laburkan dengan membeli emas. Semoga perkongsian ini bermanfaat . Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2017.


0 comment... add one now