Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA. Salah satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia menerusi RISDA untuk membantu penduduk yang memerlukannya untuk memiliki rumah sendiri. Menerusi program Transformasi Luar Bandar yang dibawah oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mewujudkan perumahan generasi ke-2 bagi kawasan luar bandar yang dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) RISDA. Dikongsikan dibawah cara-cara membuat permohonan rumah Bina Negara Risda beserta dengan syarat kelayakan memohon dan borang permohonan.
Rumah Bina Negara (RBN) RISDA


Apa itu Rumah Bina Negara?

Rumah Bina Negara ditubuhkan untuk generasi ke-2 penduduk luar bandar yang tidak memiliki tempat tinggal sendiri. Harga RBN yang ditawarkan adalah RM45,000, dan kalau dibandingkan dengan jumlah sebenar adalah RM65,000. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM20,000 membuatkan harganya lebih rendah.


Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Program Rumah Bina Negara telah dilancarkan pada penghujung tahun 2015 yang lalu. Ianya bertujuan untuk memudahkan mendapat pemilikan rumah dalam kalangan belia luar bandar dengan keluasan asas 700 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air selain dilengkapi lampu serta kipas.

A. Syarat Permohonan

Antara kriteria-kriteria permohonan untuk pemilikan Rumah BN adalah seperti yang tertera dibawah :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia dari 18 tahu sehingga 45 tahun
  • Sudah berkahwin 
  • Generasi kedua pekebun kecil RISDA
  • Bermastautin di kampung
  • Tidak memiliki rumah sendiri
  • Memiliki tanah yang bersesuaian untuk dibina
  • Bersetuju untuk mengkaveatkan tanah
  • Mampu untuk menanggung kos penyediaan tapak

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Info Rumah Bina Negara (RBN)

Berikut adalah informasi dan spesifikasi rumah Bina Negara (RBN) :-

  • Saiz Persegi Rumah : 700 kaki persegi
  • Komposisi : 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air Ansuran bulanan serendah RM250 sebulan

Spesifikasi RBN

Sebuah rumah 1 tingkat itu mampu memuatkan ruang tamu, ruang makan, dapur, ruang basuh dan balkoni hadapan. Spesfikasi lain RBN adalah termasuk :-
  • Kemasan lantai bersimen
  • Bercat untuk dinding luar serta dalam
  • Bertingkap
  • Berbumbung ‘metal deck’
  • Bersiling
  • Dilengkapi dengan infrastruktur rumah yang asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang

Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Sesiapa yang merasakan diri mereka layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Laman Web Rasmi Risda di Download Borang RBN. Borang-borang lain yang perlu diisi dan disertakan sekali adalah seperti berikut :-
Dibawah adalah senarai untuk menyemak permohonan yang perlu diambil perhatian oleh para pemohon sebelum menghantar borang ke Pejabat RISDA.

Senarai Semak Permohonan

  • Borang Rumah BN1 yang sudah diisi dengan lengkap
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan (Pasangan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan/ Penceraian/ Kematian (Suami Isteri)
  • Salinan Slip Gaji/ Surat Pengesahan Pendapatan
  • Sijil Carian Rasmi/ Cabutan Hakmilik Dari Pejabat Tanah Yang terkini (Salinan Asal)
  • Surat Akujanji Pemohonan atau Surat Tidak Memiliki Rumah/ Mempunyai Rumah Yang Usang/ Tidak Sempurna Yang Disahkan Oleh Pemimpin Tempatan


Cara Untuk Menghubungi

Untuk menanyakan pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi :-

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur

Tel : 03-42564022
Fax : 03-42576726
Email : [email protected]

Selamat membuat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA melalui pandai ini. Semoga anda lulus dalam permohonan untuk memiliki rumah sendiri melalui program kerajaan ini.


0 comment... add one now