Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung. Ketahui punca dan cara merawat penyakit resdung. Penyakit resdung amat banyak dihadapi oleh rakyat di negara kita. Mari kita baca perkongsian tentang resdung ataupun sinus ini.

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

Punca Dan Cara Merawat Penyakit Resdung

Apa itu Resdung?
Penyakit hidung yang dihadapi disebabkan oleh radang pada membran sinus .

Apa itu Sinus?
Sinus adalah rongga di dalam tulang muka yang mengandungi udara. Permukaannya diseliputi oleh mukosa (kulit yang menghasilkan mukus atau hingus).

Secara fisiologikal (keadaan biasa) mukosa yang mengeluarkan hingus. Hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui ‘ostium’. Ostium ialah lubang kecil. Melalui ostium, hingus ini mengalir keluar ke dalam rongga hidung. Jika ‘ostium’ tersumbat, hingus berkumpul di dalam sinus. Keadaan ini bakal mengakibatkan kehadiran kuman kemudian membawa kepada terjadinya resdung.

Punca dan Cara Merawat Penyakit Resdung

TANDA-TANDA RESDUNG
  • Jerawat pada wajah serta di belakang badan
  • Gejala alahan hidung contohnya gatal hidung, bersin dan lain-lain
  • Demam atau rasa tidak sedap badan berterusan
  • Sakit tekak yang berterusan dan berulang
  • Sakit atau rasa berat muka terutama di kawasan antara mata
  • Lendir dari hidung serta tekak
  • Hidung sentiasa tersumbat

PUNCA PENYAKIT RESDUNG

  • ALLERGIK/ALAHAN : Makanan tertentu, habuk ,parasit (demodex), kutu. Apabila seseorang mengalami alahan, daging yang berfungsi sebagai penapis udara bakal membengkak menyebabkan udara tidak boleh dikeluarkan. Udara akan terkumpul serta  kulat akan tumbuh. Kawasan dalam hidung akan semakin membengkak serta menyebabkan rasa sakit.
  • STRUKTUR HIDUNG YANG TIDAK NORMAL : Kemalangan yang mengakibatkan tulang hidung patah ataupun retak boleh mengakibatkan resdung. Sesetengah individu yang mempunyai ‘tulang hidung senget’ (deviated nasal septum) dari kecil , risiko resdung adalah tinggi.
  • KEROSAKAN ATAU SAKIT GIGI DI BAHAGIAN GUSI : Kuman daripada gigi yang rosak dapat merebak hingga ke rongga sinus dan mengakibatkan resdung. Hal ini kerana kedudukan gusi /gigi yang berdekatan dengan sinus (maxillary sinus)

KOMPLIKASI RESDUNG
  • Selesema yang berterusan
  • Jangkitan telinga dan tonsil , khususnya kanak-kanak
  • Jangkitan tulang muka
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Berdengkur yang kronik
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Jangkitan nanah di sekeliling mata . Boleh menyebabkan hilang deria penglihatan.

CARA MERAWAT RESDUNG

Rawatan resdung adalah berasaskan gejala dan hasil diagnosis pesakit , doktor biasanya bakal mengesyorkan rawatan yang bersesuaian:
  • Antibiotik (bagi resdung akut 10-14 hari)
  • Dekongestan (ubat titis atay semburan hidung )
  • Ubat selesema
  • Jika rawatan-rawatan lain tidak berkesan, pembedahan akan dipertimbangkan

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana, ramai pesakit tidak sedar mereka mempunyai penyakit tersebut. Sekian terima kasih.


0 comment... add one now