Semakan Status CCRIS Dan CTOS

Semakan Status CCRIS Dan CTOS. Tahukah anda kenapa sesetengah permohonan pinjaman contohnya pinjaman untuk membeli aset (rumah dan kereta), dan pinjaman untuk perniagaan tidak di-approve? Hal ini disebabkan sama ada status CCRIS serta CTOS seseorang yang menyebabkan permohonan tersebut tidak diterima oleh pihak bank. Artikel ini akan menceritakan tentang semakan status ccris dan ctos.

Semakan Status CCRIS Dan CTOS

Semakan Status CCRIS Dan CTOS


Artikel ini akan mengajar anda bagaimana hendak melakukan semakan sama ada kita tersenarai dalam kategori CCRIS mahupun CTOS. Untuk cara yang lebih senang dan tidak memakan masa yang banyak, kita boleh membuat semakan secara online.

i. Semakan Status CCRIS
  • Sila pergi ke laman portal CCRIS. Klik sini --> CCRIS
  • Ikuti langkah-langkah dan panduan yang telah diberitahu dalam laman web tersebut

ii. Semakan Status CTOS

  • Jika anda ingin mengetahui samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman portal CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna:
  • Pertama sekali adalah dengan mendaftar untuk mendapatkan CTOS ID Pengguna di Register CTOS Online .
Setelah CTOS ID Pengguna dihidupkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa dan dimana jua melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.
Pendaftaran CTOS adalah PERCUMA, sama juga dengan laporan CTOS boleh diaccess secara PERCUMA dan anda akan mendapat laporan yang mengandungi perkara-perkara seperti dibawah:
  • Maklumat-maklumat peribadi anda termasuklah Nama, Alamat dan lain-lain.
  • Maklumat SSM tentang Pendaftaran syarikat, directorship dan lain-lain.
  • Maklumat sejarah Litigation – rekod tindakan undang-undang sama ada sebagai defendan mahpun plaintiff
  • Rujukan Perdagangan (Trade Referees)
Setelah mendaftar, anda akan menerima laporan seperti:
  • Laporan MyCTOS untuk kali Pertama adalah PERCUMA 
  • Dua laporan MyCTOS PERCUMA yang diupdate setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai
  • Pengumuman PERCUMA untuk rekod tindakan undang-undang baru.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit pemahaman mengenai pentingnya melakukan semakan status CCRIS dan CTOS agar dapat memudahkan urusan kita dengan pihak bank. Sebelum anda ingin memohon mana-mana pinjaman, sila buat semakan terlebih dahulu, jika terdapat tunggakan, selesaikan dengan segera.


0 comment... add one now