Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS. Apakah yang dimaknakan dengan HALAL? Halal terbit daripada perkataan Arab yang bermakna dibenarkan atau pun dibolehkan mengikut hukum syarak yang sudah ditetapkan. Selaras dengan itu, Islam sangat menitikberatkan umatnya agar selalu melakukan perkara dan mencari rezeki itu daripada sumber yang halal dan memperoleh keberkatan Allah SWT. Artikel ini akan menerangkan cara melakukan semakan status halal JAKIM Online dan SMS.

semak status halal jakim

Semakan Status Halal Jakim Online Dan SMS

Alhamdulillah, kita sebagai warga Malaysia sebab senang untuk kita mencari bekalan dan makanan yang halal di mana-mana tempat. Namun, demikian harus diingatkan juga bahawa kita mestilah berwaspada dan selalu up to date mengenai senarai barangan yang telah dijamin halal oleh pihak JAKIM, JAIN, atau MAIN atau salah satu yang berkaitan. Disebabkan, itulah pada zaman kini kita mudah untuk membuat semakan status halal JAKIM Online serta SMS.

i. Semakan Melalui Online

  • Masuk ke lawan sesawang rasmi Halal Malaysia atau pun klik disini sini
  • Isikan kata kunci (keyword) di dalam ruang maklumat carian, dan tekan butang cari
  • Hasil carian akan keluar mengenai kategori Syarikat untuk seluruh negeri di Malaysia. Butir-butir yang dipaparkan termasuklah nama dan alamat syarikat beroperasi serta tarikh luput sijil halal JAKIM.
  • Skop carian boleh dikhaskan mengikut negeri. Untuk search negeri yang diingini, sila klik menu dropdown yang tersedia pada paparan halaman
  • Di paparan halaman juga anda boleh melakukan semakan kategori atau pun skim yang telah berdaftar status halal JAKIM seperti syarikat, kosmetik, parmaseutikal, barang gunaan, hotel dan resort, premis makanan, menu makanan, produk,  rumah sembelihan, logistik dan antarabangsa (international).

ii. Semakan Melalui SMS

  • Taip HALAL <jarak> SEMAK <jarak> Nombor Pendaftaran Syarikat
  • Kemudian hantar ke 15888

“CONTOH: HALAL SEMAK 152477T dan hantarkan kepada 15888”


Sekian sahaja sharing mengenai semakan status halal JAKIM Online dan SMS. Semoga dengan adanya panduan, pengguna dapat memanfaatkannya dan menambah pengetahuan kita sebagai pengguna agar sentiasa mencari rezeki makanan dan barangan harian yang halal agar segala perbuatan kita selalu diredhai oleh Allah SWT. Sekian sahaja, renung-renungkan dan selamat beramal.


0 comment... add one now