Semakan Status Permohonan MyKad

Semakan Status Permohonan MyKad. Anda kini boleh melakukan semakan status permohonan Mykad anda dengan lebih senang dan cepat secara dalam talian atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Dengan adanya teknik semakan yang terbaru ini, dirasmikan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia, anda kini tak perlu lagi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk melakukan semakan status semasa permohonan MyKad, MyPR ataupun MyKAS anda.

semak status mykad secara online

Semakan Status PermohonanMykad, MyPR atau MyKAS Secara Online

Anda kini boleh melakukan semakan status permohonan anda secara dalam talian melalui laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara. Ianya adalah percuma serta tak perlu mendaftar sebelum mengunakan servis daripada Jabatan Pendaftaran Negara ini.

Sila turuti cara-cara dibawah ini :

Cara semak Online

  • Layari http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/
  • Isikan no. kad pengenalan anda
  • Isikan captcha dan tekan butang “Semak”
  • Klik butang "Semak" untuk mengetahui maklumat mengenai status terkini tentang kad pengelanan anda. 
semak status mykad secara SMS

Semakan Status Permohonan Mykad, MyPR atau MyKAS melalui SMS

Sila turuti cara-cara dibawah ini :

Taip JPN <jarak> MyKad <jarak> No Kad Pengenalan

Hantarkan SMS tersebut kepada 15888

Contoh:-

JPN MyKad 880713128801


Nota peringatan:

Servis perhkidmatan melalui  SMS ini akan dikenakan caj penghantaran SMS sebanyak RM 0.15 dan caj penerimaan SMS sebanyak RM0.20. Jadi jumlahnya RM0.35 untuk setiap semakan.

Semoga perkongsian mengenai Semakan Status Permohonan MyKad ini dapat memudahkan anda untuk menyemak status dengan lebih pantas. Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain.


0 comment... add one now