Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang. Antara matlamat utama orang awam sanggup meredah hutan (jungle trekking) berjam-jam lamanya hanya kerana ingin membasahkan diri dengan air terjun yang merupakan destinasi terakhir (last checkpoint) setelah penat lelah meredah trek hutan yang mencabar. Artikel ini akan berkongsi tentang senarai air terjun yang ada di Negeri Pahang Darul Makmur.

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

Senarai Air Terjun Di Negeri Pahang

Seusai tiba ke lokasi air terjun, para pengunjung akan disajikan dengan kesejukan air terjun, tidak hairanlah sekiranya air terjun merupakan lokasi terbaik untuk beriadah buat keluarga mahu pun bersama sahabat handai. Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati keindahan serta kehijauan hutan hujan tropika dengan lebih jelas dan dekat secara 'live'. Sehingga kini, terdapat banyak kelab-kelab aktiviti luar (outdoor) akan membuat aktiviti lasak seperti abseiling di air terjun, flying fox, membina keyakinan diri di dalam air (water confident) dan pelbagai lagi.

Dibawah ini adalah senarai air terjun yang terkenal di Pahang:

i. Air Terjun Sungai Pandan

Bertempat di Panching, Kuantan dan adalah destinasi yang terkenal dalam kalangan warga Kuantan. Jarak jauh perjalanan dalam 25 km dari bandar Kuantan. Terdapat bermacam-macam kemudahan asas yang disediakan kepada pengunjung dan untuk masuk ke Air Terjun Sungai Pandan pun mudah. Kawasan rekreasi disana dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu untuk melakukan penyelenggaraan.

ii. Air Terjun Pelangi

Bertempat di Sungai Lembing, Kuantan, Air Terjun Pelangi adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pencinta alam dan yang suka akan aktiviti luar. Kena dengan namanya, air terjun ini menghasilkan pelangi dengan percikan air terjun yang amat tinggi terutama ketika waktu matahari terik atas kepala. Oleh yang demikian, untuk sampai ke sini, kereta jenis 4 x 4 amat perlu dek kerana trek jalannya yang sukar dengan jalan yang berbatu, melalui anak sungai serta bukit. Namun, itu semua bukan lagi penghalang untuk penggemar aktiviti lasak sebegini kan?

iii. Air Terjun Teladas


Bertempat di Hutan Lipur Teladas, Maran juga antara destinasi mandi-manda yang popular di sekitar Maran. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di sana termasuklah tempat untuk meletakkan kenderaan, jambatan gantung dan taman permainan untuk kanak-kanak.

iv. Air Terjun Berkelah

Dikenali kerana air terjun yang tinggi bertingkat-tingkat dan senang untuk masuk menggunakan kereta. Terletak di Gambang dan hanya ambil masa selama 15 minit sahaja untuk tiba dari Exit Tol Gambang, manakala kira-kira 45 minit jikalau datang dari Kuantan. Tempat yang luas serta sesuai untuk mealkukan aktiviti membakar BBQ setelah penat bermandi-manda.

v. Air Terjun Chamang

Bertempat di daerah Bentong, air terjun Chamang amat terkenal bukan sahaja dalam kalangan warga Pahang, tetapi warga Kuala Lumpur pun sanggup meredah ke sini. Jarak tempatnya dari KL lebih kurang 80 kilometer. Mudah untuk masuk dengan kereta biasa dan ada kawasan yang lapang, tempat ini memang sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa dengan beriadah.

vi. Air Terjun Lata Jarum

Bertempat di Ulu Dong, Raub, Air Terjun Lata Jarum bukan sahaja popular dengan keindahan serta kebersihan airnya, tetapi turut menjadi tempat tinggal bunga eksotik seperti bunga Rafflesia. Akses untuk masuk ke kawasan ini mudah, dan ada menawarkan chalet sekiranya pengunjung ingin bermalam di sini bagi aktiviti meredah hutan (jungle trekking).

vii. Air Terjun Lata Meraung

Bertempat di Hutan Simpan Lembah Kiol, Jerantut, lokasi ini menjanjikan jaminan kepuasan hati kepada para pengunjung kerana terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan selain bermandi-manda seperti berlari di hutan (trail running) berbasikal,, memancing,  dan lain-lain. Untuk datang ke sini pun agak mudah, kawasan di sana memang mudah untuk dilawati.

Sekian sahaja perkongsian tentang senarai air terjun di Negeri Pahang. Sekiranya anda mempunyai masa terluang, bolehlah datang untuk bercuti sambil menjauhkan diri seketika dari kesibukan kota dan kerja dengan menikmati keindahan alam semulajadi. Terima kasih kerana sudi membaca.



0 comment... add one now