Senarai Etnik Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Senarai Etnik Di Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Tahukah anda bahawa ada lebih kurang 33 senarai etnik di Sabah yang telah dikenalpasti dalam negeri Sabah ini. Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu dan adalah negeri kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan menjangkau 72,000 kilometer persegi.

senarai etnik di sabah

Selain mempunyai 33 jumlah etnik, penduduk di negeri ini juga berinteraksi menggunakan 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik serta bahasa yang diversiti, pengunaan bahasa kebangsaan Malaysia ditutur secara meluas dalam negeri ini.

Selain mempunyai etnik yang banyak, Sabah juga tersohor dengan Gunung Kinabalu yang mencapai ketinggian 4,095.20m dan merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.

senarai etnik di sabah

Dibawah merupakan senarai etnik di Sabah :

  1. Kadazandusun
  2. Rungus
  3. Bajau
  4. Melayu Brunei
  5. Murut
  6. Kedayan
  7. Suluk
  8. Iban (Iban Merotai)
  9. Tagaas
  10. Ubian
  11. Kimaragang
  12. Bajau Laut
  13. Binadan
  14. Bisaya
  15. Kokos
  16. Rumanau
  17. Lotud
  18. Minokok
  19. Orang Sungei
  20. Iranun
  21. Bonggi
  22. Kwijau
  23. Paitan
  24. Lun Bawang
  25. Lundayeh
  26. Tidung
  27. Rungusĺ
  28. Kagayan
  29. Tatana
  30. Ida’an
  31. Inokang
  32. sonsogon
Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang paling besar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk Sabah.

Etnik Kadazan-Dusun ini ada pelbagai bahasa dan dialek dengan keunikan pelbagai kebudayaan serta adat resam tradisional disebabkan terdapat 27 suku kaum kecil di dalamnya.

Group etnik kedua yang terbesar di Sabah adalah Bajau, atau dikenali juga sebagai ‘Koboi Timur’. Kumpulan etnik ketiga paling besar di Sabah adalah Murut, iaitu orang-orang yang tinggal di bukit dan pemburu kepala pada dahulu kala.

Tambahan pula, orang Cina juga termasuk dalam group utama untuk penduduk bukan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini. Perkahwinan antara kaum Cina dan Kadazan-Dusun juga mewujudkan masyarakat baru yang lebih dikenali sebagai Sino.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau informasi terbaru yang anda tahu tentang senarai etnik di Sabah diharap anda boleh menghantar maklum balas agar penambahbaikan artikel ini dapat dibuat selaras dengan informasi terkini. Sekian terima kasih.


0 comment... add one now