Senarai Perdana Menteri Malaysia

Senarai Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi kerajaan selepas Yang di Pertuan Agong (YDPA). Mereka diberi kuasa secara rasmi oleh Yang di Pertuan Agong, iaitu sebagai Ketua Negara. Kebiasaannya, pencalonan bagi jawatan Perdana Menteri adalah berdasarkan prestasi individu itu selaku pemimpin bagi sesebuah parti politik mahupun parti komponen terkuat dalam Parlimen. Negara Malaysia telah diketuai berjumlah enam orang Perdana Menteri semenjak mencapai kemerdekaan dari tahun 1957 sehinggalah sekarang (2016) dan sekarang hampir masuk tahun 2017. Dibawah adalah senarai Perdana Menteri Malaysia yang sudah meneraju pucuk pimpinan negara Malaysia kita :

senarai perdana menteri malaysia

Senarai Perdana Menteri Malaysia

1) Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Tunku Abdul Rahman
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1903
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang pertama
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri : 31 Ogos 1957 – 22 September 1970
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” disebabkan bertungkus-lumus ingin membebaskanTanah Melayu dari takluk British. Usaha itu berjaya dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
  • Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah merupakan salah satu pencapaian beliau yang teragung.
  • Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 kemudian disemadikan di Makam Diraja Langgar bertempat di Alor Star
2) Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein

Tun Abdul Razak
  • Dilahirkan pada 11 Mac 1922
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang kedua selepas Tunku Abdul Rahman
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 22 September 1970 – 14 Januari 1976
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Malaysia”
  • Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) ketika tahun 1971 dengan tujuan untuk mengatasi masalah ekonomi serta sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
  • Mangkat pada 14 Januari 1976 kemudian disemadikan di Makam Pahlawan tidak jauh dengan Masjid Negeri, Kuala Lumpur.
3) Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn
Tun Hussien Onn
  • Dilahirkan pada 12 Februari 1922
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri Ketiga selepas Tun Abdul Razak
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 15 Januari 1976 – 16 Julai 1981
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Perpaduan Malaysia” atas usaha serta semangatnya demi mendidik konsep perpaduan dalam kalangan rakyat di negara Malaysia.
  • Dikenali dan disegani disebabkan usaha murni beliau dalam memperjuang untuk mencapai perpaduan kaum dan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mencuba untuk membangkitkan kekecohan yang melibatkan perkauman di dalam negara Malaysia,
  • Mangkat pada 29 Mei 1990 kemudian disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
4) Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Tun Mahathir Mohamad
  • Dilahirkan pada 10 Julai 1925
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri yang keempat selepas Tun Hussein Onn
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
  • Perdana menteri yang paling lama berkhidmat serta banyak menabur jasa sepanjang pemerintahannya.
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” disebabkan atas usaha beliau, Malaysia membangun sebagai sebuah negara industri baru yang disegani dalam kalangan negara-negara lain yang juga sedang membangun.
  • Antara projek-projek mega yang dipimpin sepanjang tempoh pentadbiran beliau antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar Petronas, dan Litar Antarabangsa Sepang.
5) Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah Badawi
  • Diahirkan pada 26 November 1939
  • Telah memegang jawatan selaku Perdana Menteri yang kelima selepas Tun Mahathir
  • Tempoh berkhidmat sebagai perdana menteri: 31 Oktober 2003 – 3 April 2009
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia” kerana beliau yakin bahawa modal insan adalah aset yang penting bagi memajukan negara ke tingkat yang lebih tinggi.
  • Tambahan lagi, penerapan serta pemahaman Islam Hadhari juga menyumbang dalam membantu penerajuan pembangunan modal insan ini.

6) Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Najib Razak

  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953
  • Telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri keenam selepas Tun Abdullah
  • Tempoh berkhidmat: 3 April 2009 sehingga sekarang.
  • Diberi gelaran sebagai “Bapa Transformasi Malaysia”
  • Pimpinan Datuk Seri Najib lebih banyak memfokuskan Transformasi Kerajaan iaitu usaha dalam meninggikan perkhidmatan awam serta pengurusan ke arah membentuk kerajaan lebih transparen (tidak berselindung).
  • Antara cara-cara yang diperkenalkan termasuklah menggunakan sistem Key Performance Indicator (KPI) bagi mengukur keupayaan serta kecekapan pegawai dan agensi serta Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menepatkan sasaran kepada sesuatu kawasan mahu pun bidang spesifik untuk kepentingan rakyat Malaysia
Sekian sahaja penerangan tentang senarai Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara dan usaha-usaha mereka untuk memajukan Malaysia sehingga mencapai gelaran dan panggilan masing-masing. Semoga artikel ini bermanfaat dan mendidik kita agar lebih cintakan negara Malaysia. Malaysia boleh!

Klik sini untuk baca senarai Yang Di-Pertuan Agong terkini Malaysia.


0 comment... add one now