Senarai Tempat Menarik Di Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka. Pada tahun 2015, kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Melaka Bandaraya Bersejarah. Sememangnya negeri ini amat kaya dengan sejarahnya. Kami berada di Melaka selama 2 hari 1 malam. Tempoh tersebut agak singkat untuk ‘discover’ kesemua tempat-tempat menarik yang ada di Melaka.

Kami memulakan perjalanan ke Melaka dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Oleh kerana kami menumpang di rumah sepupu di Putrajaya, kami menaiki ERL dari Putrajaya untuk ke TBS. Dari TBS , kami membeli tiket bas ke Masjid Tanah. Dari situ, kami menyewa kereta untuk dipakai ketika melawat ke semua tempat menarik di Melaka.

PUTRAJAYA ke TBS dengan ERL : RM8.00

TBS ke MASJID TANAH dengan Bus : RM11.00

Tempat Menarik Di Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka

Antara tempat-tempat yang menarik yang sempat kami ‘cover’ adalah :

1. MASBRO VILLAGE

MASBRO VILLAGE

Australia Village atau namanya juga Masbro Village ialah salah satu tumpuan di Melaka. Walaupun kelihatan sempit, tetapi setiap unit rumah disini amat sesuai untuk percutian keluarga. Paling kurang 6 orang boleh dimuatkan bagi setiap rumah.

Kemudahan yang diberi boleh dikatakan lengkap. Ruang tamu lengkap dengan tv, sofa serta meja makan. Dapur lengkap dengan ketuhar, peti sejuk, cerek dan sebagainya.

P/S : Kami datang sini untuk ambil gambar sahaja!

MASBRO VILLAGE

2. PANTAI KLEBANG

Sememangnya, jika anda adalah seorang ‘hipster’ yang tidak mengikuti aliran semasa (baca: mainstream) silalah datang ke Pantai Klebang!

COCONUT SHAKE KLEBANG

COCONUT SHAKE KLEBANG

THE FAMOUS COCONUT SHAKE IN KLEBANG

Yang ini wajib cuba

BUSTEL


bustel malacca

Bustel ataupun Bus Hotel adalah antara tarikan di Pantai Klebang. Jangan terkejut sekiranya bas-bas lama yang berderet tersusun ni sebenarnya adalah tempat penginapan. Jangan bazirkan peluang ini untuk menginap di Bustel / Bus hotel. Hanya di Pantai Klebang, Melaka.

MUZIUM KAPAL SELAM

Muzium Kapal Selam Melaka
Kami tidak berkesempatan untuk melawat ke muzium ini kerana kesuntukan masa.

klebang melaka

While in Klebang,

klebang melaka

Sebenarnya Klebang ni famous kerana boleh bergambar ala-ala padang pasir gitu. Rare owhh. Tetapi dinasihatkan untuk mengelakkan datang pada waktu tengahari kerana pada waktu itu cuaca agak panas.

3. BANDAR MELAKA.

Uniknya Bandar Melaka ini, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja bagi melawat ke satu-satu tempat seperti Banda Hilir, Gereja St. Christ, Kota A’Famosa , Kota St. John  dan lain-lain. Sebab kami suka ambil gambar cantik-cantik, kami tidak lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar sepuas-puasnya.

Tempat-Menarik-Di-Melaka

bandar melaka

beca melaka

beca melaka 1

Terdapat juga beca yang berwarna-warni di Bandar Melaka.
Antara tempat-tempat yang menarik yang kami sempat lawat adalah Jonker Walk. Jonker Walk ni macam pasar malam. Jadi kalau hendak beli souvenir bawa balik bolehla beli di sini. Jangan lupa rasa cendol Melaka dan Assam Pedas Melaka. Worth to try!

FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE

freeport a famosa village

Tempat-Menarik-Di-Melaka

THE SHORE SKY TOWER

THE SHORE SKY TOWER malacca

THE SHORE SKY TOWER malacca


Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Melaka yang tidak sempat kami senaraikan. Jika anda tahu mana-mana lokasi yang menarik di melaka yang jarang orang tahu atau anda hendak cadangkan tempat yang wajib dilawati, anda dipersilakan untuk komen di bawah ini. Terima kasih.


0 comment... add one now